Sabtu, 15 Oktober 2011

Hukum Minum Air Kencing Unta Untuk Merawat Kanser

Rasulullah SAW sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan. Nabi SAW sendiri pernah menyarankan supaya meminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam Hadis Sahih Bukhari yang berbunyi :

Maksudnya : Bahawa serombongan suku Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah SAW, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian, cuaca Kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh mereka sakit-sakit. Lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada mereka : "Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab "Baiklah". Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah SAW dan merampas unta-untanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas, Nabi SAW mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit suku kaum tersebut. Jelasnya air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi SAW untuk diminum sebagai penawar penyakit.

Ulama khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal dimakan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam ra. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.” Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal dimakan adalah suci, termasuk unta.

Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai ubat semasa hayat Nabi SAW, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi bukan najis dalam perubatan Nabi SAW. Sebagai contohnya, Nabi membenarkan Abdul Rahman Auf dan Zubair Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam keadaan darurat. Juga Nabi SAW membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung yang diperbuat dari emas kerana darurat.

Mungkin kebanyakan orang merasa jijik bila mendengar air kecing. Rasanya ramai yang tak sanggup nak minumnya secara direct. Tapi, aku rasa tak jadi masalah jika air kencing unta tersebut diproses menjadi kapsul atau syampu seperti dalam artikel ini.

 Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear



Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG/

 sumber

4 ulasan:

  1. First time aku dengo info rawatan guna air kencing unta ni bro..nabi dh bagitau sejak dulu lagi...tp kita je yg teragak2..last2 bila jepun kaji baru la kita pun sibuk nk kaji..

    BalasPadam
  2. Aku pun pertama kali dengar..untuk penerangan lebih panjang lebar ko boleh baca dimajalah Al islam keluaran bulan Okt 2011...

    BalasPadam
  3. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    BalasPadam
  4. tapi dalam hadis yg sahih tu, takder pun sebut Nabi suruh minum....juz dapatkan. mungkin untuk disapu atau lain2.

    BalasPadam