Sabtu, 8 Oktober 2011

Bahana Lovebite Wanita Ini Menjadi Lumpuh


 Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. 

Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. 

Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan