Isnin, 12 September 2011

Tilam Selamatkan Mangsa Feri Karam





TIGA orang berbaring di atas tilam yang hanyut selepas sebuah feri karam dekat Pulau Pemba, Tanzania kelmarin.

ZANZIBAR - Tiga orang berbaring di atas tilam yang hanyut selepas sebuah feri yang membawa 800 penumpang karam dekat Pulau Pemba setelah belayar dari Unguja di Tanzania kelmarin.
Pemba terletak kira-kira 80 kilometer ke timur laut Unguja.
Bukan sahaja tilam tetapi pelbagai barang yang boleh terapung dipaut oleh mangsa-mangsa feri karam itu untuk menyelamatkan diri.
Dalam kejadian itu, 190 orang mati manakala lebih 600 lagi berjaya diselamatkan dalam satu operasi menyelamat.
Feri itu karam selepas ia dipercayai membawa 800 penumpang termasuk kargo yang berat.
Sementara itu, jurucakap polis, Mohamed Mhina berkata, operasi mencari mangsa feri itu dilakukan semalam tanpa mengharapkan menemui penumpang yang masih hidup.
"Kami akan terus mencari mayat tetapi tiada lagi harapan untuk menemui mangsa yang hidup," katanya.
Tanzania juga mula berkabung selama tiga hari bermula semalam bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi feri karam itu. - Agensi
P/s: Syukur mujurlah ada tilam tu kalau tidak tak  tau apa nak jadikan. Jika anda nak belayar jangan lupa bawa tilam sekali.. Tapi, tilam yang mane satuu..?!

1 ulasan: