Selasa, 6 September 2011

Sejauh Mana Plastik Yang Kita Gunakan Itu Selamat

AlhamduliLlah, masih dikurniakan nikmat penglihatan yang amat mahal harganya.. MasyaAllah, banyaknya bahaya di sekeliling kita.. Kali ni, bahaya barangan plastik  yang biasa digunakan dalam kehidupan....

Sila periksa simbol ini dibawah bekas plastik yang anda gunakan sekarang...


 Botol air biru saya mempunyai simbol no 5 (PP)..Kita lihat apakah botol air tersebut sesuai untuk saya ulang-ulang pakai??? JOMs tengok....

Apakah arti dari simbol-simbol yang kita temui pada berbagai produk plastik?

#1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasanya dipakai untuk botol plastik yang jernih/telus cahaya/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol dengan bahan #1 dan #2 disarankakan hanya untuk sekali pakai. Jangan pakai untuk air suam apalagi panas. Ouch..


#2. HDPE (high density polyethylene) biasanya dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu. Sama seperti #1 PET, #2 juga disarankan hanya untuk sekali pemakaian.


#3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang paling sukar dikitar semula. Plastik ini biasa digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC iaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus boleh terbocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.


#4. LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode #4 dapat dikitar semula dan baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibiliti tetapi kuat. Barang dengan #4 biasanya tidak dapat dilupuskan tetapi tetap baik untuk tempat makanan.


 
#5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berhubungan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. Ciri-ciri biasa botol tersebut ialah telus cahaya yang tidak jernih atau cloudy. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik. YEA YEA!!! AlhamduliLlah, esok boleh pakai lagi botol air biru yang ada straw tu...


#6. PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, bekas minuman yang dipakai sekali, dll. Bahan Polystyrene bakal membebaskan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem saraf. Selain tempat makanan, styrine juga boleh didapati dari asap rokok, asap kendaraan dan bahan sisa kilang. Bahan ini harus dihindari dan banyak negara di bahagian Amerika sudah melarang pemakaian tempat makanan berbahan styrofoam termasuk negara China.


#7. Other (biasanya polycarbonate) biasa dijumpai di tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga. Polycarbonate bakal membebaskan komposisi utamanya iaitu Bisphenol-A (BPA) ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon. Hindari bahan plastik Polycarbonate.


                                                                      Bisphenol A


Selain itu,anda juga dinasihati untuk tidak menggunakan apapun bahan plastik dalam microwave. Gantikannya dengan menggunakan bahan seramik, kaca atau pyrex...Hindari juga membuang sampah plastik terutama yang mengandung Bisphenol-A sebarangan kerana bahan kimia ini boleh mencemari air tanah dan kemungkinan mencemari sumber air minuman...

Oleh itu, sebagai orang perseorangan, ibu bapa, pelajar yang membawa botol air setiap hari, pengilang botol dsb., sepatutnya kita prihatin dengan isu ini.. AlhamduliLlah, tempat kerja saya di CEPP UTM juga prihatin...cuma mungkin sebagai individu, patutnya lebih lagi prihatin, lagi-lagi bahan kimia..kebaikkan untuk jangka panjang juga,pilihlah yang terbaik OK..Wassalam.

Kredit : amar-azophil

2 ulasan: