Rabu, 7 September 2011

MPAJA - Gerakan Parti Komunis Malaya Menentang Jepun

MPAJA. Foto: ismashahalam.net

Salam.
Antara isu yang panas dalam suasana mengingati Hari Kemerdekaan Negara ke 54 ialah isu mereka yang pernah bergiat dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Maka, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai PKM dan juga MPAJA yang menjadi antara rentetan sejarah Malaysia.

PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk
Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang pendudukan Jepun ke atas Malaya. Dan pada ketika itu, MPAJA diberikan senjata oleh kerajaan Inggeris untuk menentang Jepun.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila, lalu membentuk MPAJA. MPAJA atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945, setelah pihak Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945.


Kekejaman MPAJA memang tidak dapat disangkal lagi. Mereka menghukum dengan cara mereka sendiri ke atas mereka yang pernah menjadi tali barut Jepun terutama dari kalangan orang Melayu dan Cina. Oleh kerana kekejaman yang mereka lakukan, ramai yang takut.

Kerana kekejaman yang dilakukan oleh Bintang Tiga, maka banyak pihak telah bangkit terutama dari orang kampung yang terseksa dengan kehadiran gerila komunis ini. Kewujudan Home Guard, Askar Melayu serta Polis dari kalangan orang Melayu menjadi antara yang terpenting dalam memerangi kegiatan komunis ini.

Dan tragedi yang paling diingati yang melibatkan penentangan terhadap komunis adalah Tragedi Bukit Kepong.

Sumber: HASRULHASSAN.COM™

Tiada ulasan:

Catat Ulasan