Rabu, 14 September 2011

Kerana Ingin LEBIH MUDA 10 Tahun, BELUT Masuk Ke Dalam KEMALUAN




Belut yang telah mati itu diletakkan di sebelah alat pembedahan yang digunakan untuk mengeluarkannya melalui pundi kencing


Zhang Nan mandi di dalam kolam yang dipenuhi belut hidup untuk membersihkan kulitnya, ketika itulah salah seekor daripada belut tersebut telah memasuki tubuhnya melalui alat kelelakian.

Rawatan belut yang digunakannya itu adalah satu konsep rawatan yang sama sepert spa London yang popular dengan menggunakan pedikur ikan. Kerana memikirkan bahawa belut ini akan membuatkan dirinya kelihatan 10 tahun lebih muda, Nan telah menyelam ke dalam air dan membiarkan belut itu memakan lapisan kulit mati pada badannya.

Tetapi tidak lama selepas berbaring di spa mandian tersebut, Nan merasa sakit apabila seekor belut kecil sedang bergerak-gerak di dalam salur kencingnya untuk masuk ke dalam pundi kencing.

'Saya naik ke bilik mandi dan saya dapat merasakan pergerakan belut di dalam badan saya. Tetapi kemudiannya tiba-tiba saya merasakan sakit yang sangat teruk dan menyedari belut kecil telah memasuki kemaluan saya,' kata lelaki berusia 56 tahun dari Honghu, wilayah Hubei.

'Saya cuba untuk memegang dan menariknyanya keluar, tetapi belut itu terlalu licin untuk dipegang dan akhirnya ia hilang memasuki ke dalam kemaluan saya.' Selepas ia dikejarkan ke hospital, lelaki itu telah menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan belut sepanjang 15 cm yang telah mati ketika doktor menemuinya.

Pakar bedah Jin Wang berkata bahawa, disebabkan oleh sifat licin pada belut, ia mampu membuatkannya masuk dengan mudah ke dalam kemaluan Nan.

'Diameter salur kencing zakar lelaki hanya sempit sedikit, tetapi kerana fizikal belut yang agak licin, badannya mempunyai pelincir dan memudahkannya masuk ke dalam zakar dengan mudah,' 
katanya./ PD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan