Selasa, 6 September 2011

Kekeliruan Bendera Malaysia dan Amerika Punca Tragedi Noramfaizul?




Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap. Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat

Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat. Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

Begitulah simptom US sebagai negara pengganas sangat tinggi di negara-negara Islam, menjadikan Malaysia mangsa serangan di Somalia. Mungkin Malaysia perlu melakukan perubahan mewujudkan bendera baharu? Atau mencari alternatif yang lain supaya misi kemanusiaan yang akan datang tidak terjadi lagi tragedi seumpama ini. AL Fatihah untuk pejuang negara Allahyarham Noramfaizul Mad Noor.

Kredit: www.mohamadazhan.com


P/s: Mereka memang sudah kenal bendera Malaysia..Mungkin kita ada tangkap diantara kawan-kawan mereka yang menjadi lanun diLaut Somalia dulu tu..mungkin ? tahlah.. WallahuA'lam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan