Jumaat, 16 September 2011

Pelayar Islam Tiba Dahulu di Honduras Sebelum Columbus


Lokasi Honduras


Sejarah dunia sering mengagungkan nama Christopher Columbus sebagai orang pertama yang menjumpai benua Amerika. Akan tetapi, beberapa sumber sejarah telah merakamkan kehadiran umat Islam dari Timur Tengah dan Afrika yang telah berlangsung sejak berabad silam ke wilayah tersebut, jauh melampaui sebelum kedatangan Columbus.

Ferdinand Columbus

Anak lelaki C
olumbus sendiri, yang bernama Ferdinand, mendedahkan penemuan ayahnya ketika sampai di wilayah utara dan timur Honduras. Ketika itu penjajah Sepanyol menyaksikan kewujudan orang-orang hitam yang berasal dari Afrika. Mereka sering disebut sebagai orang Jaras dan Guabas. Nama ini kemungkinan mempunyai kaitan dengan nama sebuah bandar di Ghana, iaitu Jarra.

Sedangkan kata Guabas, menurut beberapa sejarawan, boleh dikaitkan dengan kata Kaabah atau Kubba, yang merupakan kiblat umat Islam yang terletak di Tanah Suci Makkah. Kaitan ini ada rasionalnya disebabkan terdapat penduduk yang berasal dari Afrika itu adalah pendatang dari Mali yang telah menerima agama Islam yang datang selepas kejatuhan Andalusia.

Jalan penemuan Amerika sebelum Columbus. Klik gambar untuk besarkan

Sumber : Muslimwiki


Beberapa komuniti Muslim di Honduras pada abad 16 dan 17, kerap menyebut diri mereka dengan istilah Almamys. Ini merujuk kepada tempat asal mereka dari Sepanyol. Mereka kemungkinan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan penduduk Muslim asal Afrika yang ditemui Columbus di kawasan utara dan timur Honduras.

Sejarawan Giles Cauvet dalam 'Les Berberes de l'Amerique' melakukan kajian perbandingan etnografi antara pendatang dari Afrika, Timur Tengah dan penduduk asli Amerika. Menurutnya, komuniti yang menamakan diri mereka sebagai Almamys hanya sedikit menjalin hubungan dengan ekspedisi Columbus. Istilah itu sendiri dapat ditemui pada literatur-literatur Islam kuno dari abad 12. ''Bila merujuk kepada bahasa mandinka Mali kuno, istilah tadi mempunyai kaitan dengan kata al Immamu yang bererti seorang imam, atau pemimpin,''jelasnya.

Kalender Islam yang dijumpai di dalam peradaban kuno Amerika


Demikian pula dalam buku terkenal berjudul 'Nuzhat al Musthaq fi Isthiraq al Afaq' karya sejarawan Muslim terkemuka al Idrisi pada abad 12, menceritakan perjalanan laut satu kumpulan umat Islam yang berjumlah lapan orang. Mereka belayar dari Afrika Utara dan singgah di Lisbon, Portugal. Setelah menempuh perjalanan selama 31 hari, akhirnya mereka sampai di kawasan yang diyakini sebagai kepulauan Caribbean. Seterusnya mereka mengembara kembali sebelum sampai ke kawasan Amerika Tengah./ Zharifalimin.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan