Selasa, 20 September 2011

Hina Rasulullah Dalam Hantu Bonceng - Zizan Mohon Maaf


KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.

Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.


Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.



Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.

“ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.

Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).


 (sumber)

1 ulasan:

  1. betul ke ada 4 ulama examine the movie..siapa ulama-ulama tidak bertanggungjawab dan sambil lewa ni? and yet the movie is released?

    if this is a non muslim yang cakap muhammad yang syaitan saya faham kerana mereka jahil tetapi seorang melayu islam????? director islam? di negeri islam??? betul kah kamu semua islam ???? ironic.


    nuthing much done??? its just unbelievable. its must be fun ryt and membanggakan dan heboh sampai kerajaan langit dan bumi Allah to earn box office tetapi dengan mencerca rasulullah dengan hanya alasan tidak sengaja.

    esuk2 buat lah movie hantu syaitan iblis and main2kan lah Allah dan Muhammad sepuas puasnya and masih mengaku islam....buat dan support lah.


    i wonder nanti dihari perhitungan apa Allah akan kata kata pada kamu semuakerana menghina kekasih nya???

    to me penghinaan pada rasullulah baik sepatah perkataan pun tidak dapat saya terima.

    jika kamu tidak tahu malu, buat lah apa saja suka hati kamu.

    BalasPadam