Rabu, 21 September 2011

Cara Mudah Berkorban Dengan eQurban



Assalamualaikum, hukum ibadah korban adalah sunat muakkad sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.

eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :
  • Lawati website @ eQurban.com
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban
  • Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.


Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM230. Kepada yang ada masalaah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.

Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.

Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com.

  Sumber : DenaiHati.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan