Khamis, 29 September 2011

Petua Rasulullah S.A.W Buat Kita Yang Menghidap Penyakit Kronik..



Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.



Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua


Amaran Bank Negara Malaysia Mengenai Pelaburan Emas


Maklumat video dari wartawan/pembaca pemberita TV9 di sini:


Antaranya menceritakan tentang :

1) Pelaburan emas yang betul
2) Skim cepat kaya bertopengkan emas
3) Amaran Bank Negara Malaysia mengenai pelaburan emas
4) Tempat-tempat  membeli emas
Jika anda mahukan maklumat terperinci, sila lihat sumber berikut:

Panduan Memilih Akaun Emas di Bank http://goo.gl/280Qf

Panduan Melabur Emas Fizikal dan Bukan Fizikal http://bit.ly/kitabemas

Panduan Melabur Dengan Perak - Saingan Emas  http://goo.gl/8o7jZ

Salam ceria/ ID


Makan Bangkai Harimau Untuk Elak Gout


KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.

“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.

“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

[ Gambar ] Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah


Milbury (Massachusetts): Seekor kucing istimewa dilahirkan dengan dua wajah. Frankenlouie yang tinggal bersama pemiliknya di Milbury, Massachusetts mempunyai kecacatan kelahiran genetik menyebabkan ia mempunyai tambahan wajah.

Dua wajah luar biasa dimiliki kucing itu disebabkan oleh penyakit digelar Janus yang biasanya membolehkan haiwan berkenaan hidup selama beberapa hari saja.

Namun, haiwan peliharaan itu mengatasi jangkaan apabila dapat hidup lebih lama untuk meraikan hari jadinya yang ke-12.

Kemampuannya itu membolehkan Frankenlouie mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness
.

Frankenlouie sudah pun menjadi bintang dan muncul dalam ribuan video di YouTube. Haiwan satu dalam seribu itu sudah muncul dalam siaran televisyen seperti ‘Strange, Freaky, True’. Pemilik Frankenlouie adalah seorang jururawat haiwan. 

 







Rabu, 28 September 2011

Ngeri...Pengecas Telefon Bimbit Tertusuk Di Kepala Bayi


Seorang bayi lelaki mengalami kecederaan apabila sebuah alat pengecas bateri telefon bimbit tertusuk di bahagian belakang kepalanya selepas terjatuh di atas alat itu.

Keadaan bayi itu dilaporkan stabil di salah sebuah hospital di Quingyuan, China selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi melepaskan tusukan alat tersebut dari kepalanya.

Alat itu terpaksa dipotong sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan hanya dua batang rod yang terbenam di kepala bayi terbabit.

Akhirnya para doktor yang terlibat memotong tengkorak bayi malang itu untuk membuang bahagian terakhir alat yang terbenam itu.

Ketua jurubedah Li Guofeng berkata: "Sebuah alat pengecas bateri telefon bimbit berwarna hitam telah terbenam di belakang kepalanya"

"Ini merupakan kali pertama saya menghadapi kes seperti ini."

Li Guofeng mendakwa bayi tersebut dikira bernasib baik kerana masih hidup sambil menambah: "sekiranya tempurung kepalanya pecah, bayi tersebut mungkin boleh mati dalam beberapa saat."


( sumber )

Rahsia Adiknya Terbongkar Bila Pakai Baju Terbalik



Besut: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu. (Sekadar gambar hiasan )

Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.
“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.

“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.

Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.

Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.

Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan. 


-Harianmetro

Selera Pelik...Kunyah Batu Bata Macam Biskut


Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.


Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.


Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat


Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.


Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.


“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”


Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.


Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.


“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.


“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.


“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.


Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.


Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.


“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.


“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.” - TS


 

Selasa, 27 September 2011

Bukti Air Liur Mampu Mempercepatkan Penyembuhan Luka

Sebuah penelitian para penyelidik Belanda telah mengenalpasti suatu zat dalam air ludah manusia yang mempercepat penyembuhan luka. Seperti dikutip dari The Journal of Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB), pasukan penyelidik menyebutkan di dalam air liur terdapat histatin.   Histatin merupakan protein kecil yang sebelumnya hanya dipercayai membunuh bakteria tetapi ternyata juga mampu menyembuhkan luka.


Dalam laporannya, kajian itu menawarkan harapan kepada orang yang menderita luka kronik yang berkaitan dengan diabetes dan gangguan lain, serta luka traumatis dan luka bakar. Selain itu, kerana zat tersebut dapat dihasilkan secara besar-besaran, maka zat itu memiliki potensi untuk menjadi sama umumnya dengan krim antibiotik dan alkohol gosok.
  
"Kami berharap penemuan kami pada akhirnya bermanfaat buat orang yang menderita luka yang tak kunjung sembuh, seperti borok di kaki dan luka akibat diabetes, serta bagi perawatan luka mengakibatkan trauma seperti luka bakar," kata Menno Oudhoff dalam laporan tersebut.

Kajian ini sendiri bukan hanya menjawab soalan biologi mengenai mengapa haiwan menjilati luka mereka, tetapi juga menjelaskan mengapa luka di mulut, seperti luka setelah pencabutan gigi, sembuh jauh lebih cepat dibandingkan dengan luka pada kulit dan tulang.
Hasil kajian ini pun undian mengarahkan para penyelidik untuk mula memandang air ludah sebagai sumber ubat baru.

Sumber : www.dunia-unik.com
 

10 Pintu Syaitan Di Alam Nyata


  Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. 


Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Sumber: tulahan

Mengapa Jarum Jam Berputar ke Kanan?


 
Pada zaman dulu jam adalah benda mewah yang hanya boleh dimiliki oleh orang-orang "beruang", bentuknya pun masih berukuran besar. Tapi kini jam telah menjadi kelengkapan yang wajib dimiliki, ukurannya juga sudah banyak berubah. 

Pernahkah terfikirkan oleh anda, mengapa jarum jam bergerak ke kanan?Sekilas hal kecil seperti ini memang nampak remeh, tetapi ada sejarah mengapa jarum jam bergerak ke kanan.
 
Dahulu sebelum jam ditemui beberapa suku dan bangsa kuno sudah mengenal sistem masa dengan cara pengukuran yang berbeza.  Bangsa mesir merupakan salah satu bangsa yang pada waktu itu sudah boleh melihat masa dengan memanfaatkan pergerakan matahari.  


Mereka mendirikan sebuah tugu yang disebut obeliks, ketika matahari bergerak maka bayangan dari tugu tersebut juga akan bergerak, dari sanalah mereka mengukur masa.  Kerana matahari terbit dari timur dan Mesir berada di belahan dunia bahagian utara maka ketika matahari bergerak bayangan dari tugu obeliks pun bergerak ke kanan.
 

Itulah alasan kuat mengapa akhirnya arah jam dibuat bergerak ke kanan, seandainya Mesir berada di belahan dunia selatan mungkin kita akan melihat jarum jam bergerak ke kiri.


Pastinya terlintas sama sekali oleh kita, mengapa jam berputar ke kanan, bukan ke kiri. Dengan gambar yang simple ini, pasti kita terus tahu jawapannya ..


sumber : menujuhijau.


Sabtu, 24 September 2011

Pencari Kebenaran Islam, Pilihan 2 Wanita dari Amerika Ini

Hidayatullah.com - Sarah Prucha dan Christy Thephachanh sedang menjalani pencarian kebenaran dalam kehidupan spiritualnya, saat di persekitaran mereka terdapat orang-orang Muslim.

Ketika itu Prucha berusia 25 tahun dan bekerja di sebuah bank di pusat bandar Houston.  Ia melihat ada rakan kerjanya yang selalu berhenti sejenak beberapa kali dalam sehari untuk solat.Dia juga memperhatikan kebiasaan mereka mengucapkan bismillah sebelum makan dan alhamdulillah ketika bersin. (Foto dari kiri Prucha danThephachanh )

Sementara itu, Thephachanh pertama kali berteman dengan Muslim saat ia masih kuliah.  Beberapa tahun kemudian, saat dirinya memutuskan untuk menjadi lebih relijius dalam hidupnya, dia pun mempelajari agama lebih banyak. 
Ibu bapa Thephachanh adalah pendatang asal Laos. Mereka penganut ajaran Buddha. . Tapi, perlahan seiring dengan waktu mereka mengikuti komuniti Kristian Corpus Christi. Penyebabnya tidak lain kerana di tempat tinggalnya tidak ada komuniti penganut Buddha.

Tahun lalu, kedua-dua wanita itu mengucapkan dua kalimah syahadat. Mereka mengikuti jejak warga Amerika Syarikat lain, yang setiap tahun pasti ada ribuan orang yang bersahadat.
 
Baik Prucha mahupun Thephachanh mengatakan, perpindahan mereka ke dalam Islam lebih merupakan keputuhan keagamaan, bukan politik. Menjadi mualaf, bagi mereka adalah pencapaian dalam pencarian spiritual.

Bagi warga Amerika, baik yang dilahirkan di negara itu atau di belahan bumi lain, pindah agama menjadi penganut Islam pada saat ketegangan politik meningkat bukanlah sebuah keputusan yang mudah.  Di luar masjid tidak ada penanda buku lain selain hijab atau tudung, sebagai identiti Muslim.

Namun, hal yang paling mereka bimbangkan adalah bagaimana komuniti agama mereka dipandang oleh orang lain. Kebimbangan yang juga dirasakan oleh banyak Muslim Amerika yang lain .*


 

Top 10 CNN Heroes -Bidan Dari Bali Tersenarai

Seorang bidan berasal dari Bali menjadi hero dunia dan tersenarai Top 10 CNN Heroes, penghargaan kerana membantu komuniti setempat.

Bidan bernama Robin Lim itu menjadi calon kerana peranannya membantu ibu-ibu di Bali  melahirkan anak sihat dengan selamat.

Tersenarai dalam Top Ten CNN Heroes, Lim akan menerima US50.000 untuk meneruskan misinya. Lim juga mendapat penghormatan untuk hadir di "CNN Heroes: An All Star Tribute" yang akan disiarkan secara global pada 11 Desember 2011.

Lim juga berpeluang menjadi pemenang CNN Heroes of the Year dan mendapat penghargaan sebanyak US250.000 dollar AS. 

Seramai 160 calon tersenarai sebelumnya dari seluruh dunia di CNN.com. Seramai 400.000 dari 100 negara juga telah terdaftar sebagai calon CNN Heroes dalam masa lima tahun. -Kompas

Rahsia Tanda -Tanda Penyakit Melalui Jari


Asas 5 Jari

Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

  • Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
  • Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
  • Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
  • Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
  • Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..
  • Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
  • Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang. 
  • Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...


Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan..nanti penyakit lain pulak yang datang. Walallahua'lam.


Sumber: facebook

Masuk Pawagam Ikut Cara Islam

AL-QARDHAWI: MENONTON FILEM DI PAWAGAM MENURUT PERTIMBANGAN FEQAH
Tarikh Edaran: 21 Mei 2011

Peranan dan pengaruh pawagam (tempat penayangan filem) telah tersebar secara meluas sejak akhir-akhir ini. Sesetengah pihak masih lagi berpegang kepada pengharaman (secara mutlak) menonton apa sahaja filem di sana, manakala didapati kebanyakan remaja meragui hal ini, dan sentiasa berkunjung ke sana dengan merasakan tiada apa-apa masalah pun yang perlu dirisaukan dalam hal ini. 

Oleh hal yang demikian, pihak manakah paling tepat dan benar dalam hal ini, sama ada semua pawagam perlu ditutup atau tiada masalahnya untuk menonton filem di sana? Dan apakah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya dibolehkan menonton filem di pawagam?

Hukum menonton filem di pawagam adalah tertakluk sepenuh kepada apa yang ditayangkan, dan secara hukum umumnya, adalah harus, dengan syarat; filem-filem yang ditayangkan tidak mengandungi unsur-unsur dosa, maksiat dan kemungkaran, di samping tidak menyebabkan kelalaian dari ibadah atau apa sahaja kewajipan agama, dan mestilah tidak bercampur antara lelaki dan wanita (yang bukan mahram).

Semua yang diterangkan di atas adalah ringkasan kesimpulan daripada apa yang dikatakan oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, dan di bawah ini, dinyatakan teks asal daripada fatwa beliau:

“Tidak syak lagi bahawa pawagam dan apa sahaja yang lebih kurang sama dengannya adalah satu alatan untuk menghiburkan diri, dan keadaannya adalah sama sebagaimana alat-alat lain yang sedia ada, sama ada digunakan dengan sebaiknya untuk kebaikan, atau digunakan untuk keburukan (kemaksiatan). Alatan ini tiada sedikit pun masalah padanya, yang dititik beratkan dari segi hukum, adalah melalui pelaksanaannya dan cara ia diaplikasi.”

“Demikianlah, kami (Al-Qardhawi) melihat kepada pawagam, ia adalah halal dan baik, dan berkemungkinan ia sesuatu yang dianjurkan jika memenuhi syarat-syarat berikut (sebaiknya):

Pertama
: Setiap filem yang ditayangkan mestilah bersih daripada sebarang unsur-unsur dosa, maksiat dan kemungkaran, serta apa sahaja yang melibatkan ancaman kepada aqidah, syari’ah dan adab-adab Islam. Oleh itu, filem-filem yang berunsurkan keghairahan dunia (semata-mata), menggalakkan kepada dosa atau mempromosikan jenayah atau membawa pemikiran sesat atau menyeru kepada aqidah batil, atau apa sahaja yang kita sedia maklum (daripada kerosakan dan keburukan yang ditayangkan), maka ia (pawagam atau menonton wayang) menjadi haram kepada semua Muslimin.

Kedua
: Tidak melalaikan daripada kewajipan agama dan dunia. Sebagai contoh; waktu solat lima waktu, setiap muslim tidak boleh sengaja melewatkan solat (seperti; solat maghrib) kerana filem yang disaksikannya. Allah berfirman: ((Celakalah orang-orang yang solat, yang mana sentiasa mengabaikan solatnya)), Surah Al-Ma’un, ayat 4-5, ditafsirkan “Pengabaian solat” adalah melewat-lewatkan solat sehingga terlepas waktunya. Inilah yang menjadi salah satu sebab, Al-Quran mengharamkan arak dan judi, kerana ia menjadi penghalang kepada mengingati Allah SWT dan juga penyebab kepada terhalangnya solat.

Ketiga
: Perlu dijauhkan setiap penonton daripada bercampur gaul antara lelaki dan perempuan (bukan mahram), sebagai penghalang kepada sebarang fitnah, penyekat kepada sebarang kemaksiatan, terutama tayangan filem di pawagam yang hanya berlaku di dalam keadaan sangat gelap. Disebut di dalam hadis: “Seseorang yang mencucuk jarum besi di kepalanya lebih baik daripada dia memegang seseorang wanita yang tidak halal baginya”.

Wallahu’alam.

Artikel asal di dalam bahasa Arab, diterjemah daripada link ini:

http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17

-Dikongsi daripada terjemahan Ahmad Zaki Amiruddin yang dikongsi didalam facebook-


Jumaat, 23 September 2011

Teka- Teki Imam Al Ghazali


Assalamualaikum...Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Tenang-tenang hari Jumaat yang mulia ini...
Santai bersama Imam Al-Ghazali rahimahu Allah...
santai berhikmah...


------------------------------------------------------------


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?


Murid 1 = " Orang tua "


Murid 2 = " Guru " Murid 3 = " Teman "


Murid 4 = " Kaum kerabat "


Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"


Murid 1 = " Negeri Cina "


Murid 2 = " Bulan "


Murid 3 = " Matahari "


Murid 4 = " Bintang-bintang " 


Iman Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"


Murid 1 = " Gunung "


Murid 2 = " Matahari "


Murid 3 = " Bumi " 


Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."



IMAM GHAZALI =" Apa yang paling berat didunia? " 


Murid 1 = " Baja "


Murid 2 = " Besi " Murid 3 = " Gajah "
 

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"


Murid 1 = " Kapas"


Murid 2 = " Angin "


Murid 3 = " Debu " Murid 4 = " Daun-daun"
 

Imam Ghazali = " Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "


Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
 

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

__________________________


Semoga menjadi renungan kita bersama, Insya Allah... Dan yang paling Dekat dengan kita ialah MATI 


Safee Sali Kata MALAYSIA Bekas JAJAHAN TAKLUK BRITISH

SAFEE berlatih di Cardiff City hingga 26 September ini.


Pada 9 September lalu Profesor Zainal Kling berkata bahawa negara Malaysia atau yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu bukanlah jajahan British, tetapi 'dilindungi dan dinaungi' British. Ini bermakna British itu bukanlah penjajah, dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah.


Kemudian kenyataan itu disambut pula oleh pemimpin Perkasa, Profesor Ramlah Adam bahawa 'British tidak menjajah Malaya' dan 'Mohamad Sabu salah apabila berkata polis di rumah pasong Bukit Kepong adalah polis British'.


Kenyataan Ramlah dan Profesor Zainal Kling itu adalah semata-mata untuk menafikan kenyataan Mohamad Sabu bahawa polis ketika itu bekerja untuk British iaitu penjajah dan kedua-duanya ingin mengesahkan hujjah kera jaan bahawa Mohamad Sabu menghina dan memperkecilkan peranan pasukan keselamatan di negara ini kerana menghina polis rumah pasong Bukit Kepong.


Akhirnya semalam, Mohamad Sabu telah pun dibawa ke mahkamah berhubung kes sejarah yang dibicarakan di mahkamah, satu-satunya kes di dunia ini iaitu di Malaysia. Moga-moga harapan Kera jaan selepas ini rakyat Malaysia tidak akan berani lagi mengatakan bahawa Malaysia ini adalah tanah jajahan British. Itulah harapan mereka.


Namun sayang seribu kali sayang. Hari ini seorang pemain bola sepak tersohor Malaysia, seorang penyerang yang mempunyai gaya permainan ala Mokhtar Dahari iaitu Safee Sali sendiri mengatakan bahawa Malaysia ini adalah tanah jajahan British. Kenapa Safee Sali berkata begitu?. Ini kerana peluangnya untuk mewakili kelab Bola Sepak Inggeris Cardiff City terganggu kerana pasukan bola sepak Malaysia tidak berada pada ranking ke-70 atau ke bawah, untuk membantunya melepasi mendapatkan permit kerja - bermain bola sepak di Britain.


Safee Sali turut mengeluh kerana menghadapi kekangan daripada pihak imigresen di sana yang di bawah urusan Kementerian Dalam Negeri United Kingdom. Bagi membantunya memudahkan urusan permit kerja itu, Safee Sali merayu dan berkata "Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang boleh bantu dengan proses ‘Government to Government’ atas alasan tanggungjawab British membantu negara bekas jajahan takluknya atau Komanwel." 



 Keratan artikel di dalam akhbar Berita Harian yang bertajuk :'Kerenah birokrasi sekat misi Safee Sali!'

Nampaknya Safee Sali sendiri pun mengerti dan faham benar bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan takluk British atau Komanwel. Safee tidak pula mengatakan bahawa Malaysia adalah negara bekas 'naungan' atau 'lindungan' British. Ironinya hujah Safee Sali itu sendiri dikeluarkan oleh sebuah akhbar kerajaan yang pro Umno pastinya!. Ia dikeluarkan sehari selepas Mohamad Sabu dibicarakan.

Jika Safee Sali pun faham benar Malaysia adalah tanah jajahan British, dan British itu adalah penjajah di Tanah Melayu ini. Mengapa pemimpin dan penyokong karat Umno tetap mempertahankan bahawa British itu bukan penjajah. Bagi mereka British bertanggungjawab melindungi dan menaungi Tanah Melayu. Bagi mereka British adalah TUAN dan bukannya PENJAJAH./ PD

Jadi...Siapa Yang Bebal ?! Maaf jika terasa dan terkena..yang Baik datang dari Allah. Yang jahil,bodoh,bebal...diatas kelemahan diri ku sendiri..WallahuA'lam.





Dr Asri Akui Kejujuran Nik Aziz Laksana Hudud


NONEKL 22 Sept 11: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui kejujuran Nik Aziz dalam melaksanakan hukum Hudud di Kelantan seperti yang diamanahkan oleh rakyat dalam pilihanraya sejal sejak beliau menjadi menteri besarnya.
 

Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik". Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".

azlan"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.

Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:

“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.

Bekas mufti Perlis itu berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya. Suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.


"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri
.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.


"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya. (IbnuHashim)


Lihat sebelum ini..


Apa Itu Hukum Hudud??



Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).


Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. 

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? minum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafkan untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.

Kredit : Arkid Islam