Ahad, 21 Ogos 2011

Petua Memilih Tayar Kereta Yang Sesuai !

Assalamualaikum.Semperna Syawal yang makin hampir ni , tentu ada diantara kita bercadang ataupun memang nak menukar tayar kereta ada baiknya Sahabat semua membaca artikal tentang tayar ni.Nak beli tayar nie pun. Bukannya boleh beli sebarangan. Kena faham beberapa perkara. Barulah tak kena tipu.


Harga Tayar Kereta 
Pemilihan tayar kereta yang sesuai penting untuk kenderaan anda

Perkara pertama yang perlu anda diketahui. Pemilihan saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Kalau macam kereta saya, Myvi 1.3, dan menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz sport rim 14 inci. Ini kerana jika menggunakan lebih daripada itu misalnya sport rim saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan cepat habis.


Selepas memperolehi saiz tayar yang sesuai, cuba perhatikan pula di bahagian tepi permukaan tayar. Di situ anda akan nampak satu rangkaian nombor dicetak dipermukaan tepi tayar seperti contoh dibawah.


185/60 R14 82H


Lebar permukaan bawah tayar : 185 mm
Lebar permukaan sisi tayar : 60 mm
Jejari : R
Diameter rim : 14 inchi
Indeks muatan symbol kelajuan : 82H.
* indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
Sekiranya;
*indeks muatan 71 = 345 kg
*indeks muatan 125 = 1,677 kg
*simbol H = kelajuan maksimum bagi tayar tersebut ialah 210 km/j. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.


Senarai code² yang lain:
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas


contoh : TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A


- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus tayar kereta tersebut)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
*A : kawasan panas,  B : kawasan bercuaca normal,  C : kawasan sejuk


Harga Tayar Kereta
Empat nombor tu, bukan nombor ekor tau


Jika anda melihat semula ditepi tayar itu. Anda akan nampak EMPAT nombor seperti gambar di atas. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan anda maklumat mengenai tarikh tayar itu dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluarannya. Macam gambar di atas; 1511 bermaksud, minggu ke 15 dan tahun dikeluarkan adalah pada tahun 2011. Tarikh expired tayar tu pula, sepatutnya minggu ke 15 tahun 2013. Jadi kalau guna tayar yang dah expired. Kemungkinan tayar tersebut akan senang meletup semasa kelajuan tinggi.


Harga Tayar Kereta


Proses menukar tayar kereta yang baru.


Harga Tayar Kereta


P/s : Berhati-hatilah ketika memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda.

1 ulasan: