Jumaat, 26 Ogos 2011

Penjelasan: Milo Ada Daging Cacing ?


ADAKAH MINUMAN MILO MENGANDUNGI BAHAN PERASA BERASASKAN DAGING CACING?

lepas semalam Q dah dedahkan bahawa produk Ayambrand sememangnya tidak mengandungi sebarang kandungan yang tidak halal. hari ini Q nak kongsikan pula tentang satu lagi produk yang dikatakan mengandungi daging cacing. WOW! daging cacing tu. bagi umat Islam cacing sememangnya HARAM dimakan kerana faktor kotor dan menjijikkan. tak lain dan tak bukan produk yang dikatakan mengandungi bahan 'penyedap rasa' ini adalah minuman koko 
 Milo keluaran Nestle.
 
http://blueknightchessclub.files.wordpress.com/2010/03/milo20logo.jpg


Dear Qamarul Abdullah,

Terima kasih di atas pertanyaan pengguna tentang produk Milo yang dikatakan menggunakan cacing sebagai bahan pengawet.

Kami ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Produk kami tidak pernah menggunakan cacing  untuk sebarang tujuan di dalam pemprosesan makanan.

Kesemua produk kami yang dihasilkan di Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM. Kesemua bahan yang digunakan adalah bersih, suci dan sememangnya Halal.

Proses pengesahan Halal telah meneliti setiap satu bahan yang digunakan secara terperinci dari segi Halal, kebersihan dan keselamatan terhadap pengguna sebelum sijil Halal dikeluarkan.

Nestle Malaysia juga telah mempromosikan Halal ketahap global sehingga kami dipilih sebagai pusat rujukan bagi produk Halal bagi Nestle di seluruh dunia. Menghasilkan produk Halal adalah amat penting bagi kami dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna terutamanya terhadap pengguna Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Kami juga mempunyai komiti Halal dalaman sejak sekian lama bagi memantau dan mengembangkan lagi produk Halal ke peringkat antarabangsa.

Logo Halal terdapat pada produk Nestle MILO.

Diharap penjelasan kami dapat membantu pihak Puan dan seterusnya para pengguna yang sentiasa kami hargai.

Jika puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 1 800 88 3433 dan wakil kami sedia membantu.
Sekian terima kasih.  
Yang benar,
Jaime Ng
Khidmat Pengguna Nestle.
Talian Percuma: 1 800 88 3433

 http://qdetactive.files.wordpress.com/2008/10/ternak-cacing.jpg

gila kau. 
aku minum hari-hari tu. pegang cacing pun aku dah nak termuntah inikan pula minum setiap hari. 
Tapi cacing biasanya dimasukkan dalam alat-alat kosmetik.saya dengar kebanyakkannya produk yang di import dari negara China menggunakan cacing sebabnya Protin dari cacing lebih mudah dan murah didapati dari haiwan-haiwan lain.
 
Negara China memerlukan beratus tan sebulan untuk industri kosmetiknya.
Sahabat semua takkan tak ingat tentang hebohnya orang nak menternak cacing 3 tahun lepas.ada ramai yang kena tipu sebab melabur dalam skim itu.Sebenarnya kalau buat betul-betul memang lumayan.Akupun hampir juga nak bela cacing dulu sebab kekurangan modal aku lupakan aje niat tu.Cacing Bukan sahaja untuk buat kosmetik ia boleh juga sebagai ejen penyubur tanah,najisnya boleh dibuat baja,bagi makan ayam dan lain-lain lagi.
 
Sesiapa yang pakai mekap tu cuba periksa. kalau tak cacing mesti plasenta bayi. 

jadi kesimpulan penyiasatan hari ini ialah:
MINUMAN KOKO MILO TIDAK MENGANDUNGI BAHAN PERASA 
BERASASKAN DAGING CACING? 
 
 
Kredit: qamarulabdullah.blogspot.com
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan