Selasa, 2 Ogos 2011

Panduan Untuk Kaum Wanita Bagi Menghindari Rogol


•Sentiasa berwaspada dan pamerkan sifat berani anda

•Sentiasa peka - ketahui apa yang berlaku di sekeliling anda

•Jangan biar anda dipengaruhi oleh dadah dan alkohol

•Percaya gerak hati anda. Jauhi dari tempat yang mencurigakan anda

 
Ketika di rumah:

• Pastikan semua tingkap dan pintu berkunci. Pastikan ada lampu pada pintu masuk utama

•Jangan benarkan orang yang tak dikenali/ juru jual masuk ke rumah anda. Jika perlu telefon syarikat jualan langsung sebelum benarkan mereka masuk.

•Sentiasa berwaspada di tempat berisiko tinggi – tempat letak kereta, pejabat (selepas waktu kerja). Mestilah berteman jika anda berjalan pada waktu malam

•Kenali jiran anda sebagai tempat berlindung jika berasa takut/ tidak selamat

•Jangan masuk ke rumah jika anda dapati pintu terbuka. Hubungi polis.


Ketika di luar:

•Elak berjalan atau berjoging sendirian terutama pada waktu malam. Sentiasa berada di tempat yang terang

•Pakai pakaian dan kasut yang senang untuk bergerak

•Berhati-hati dengan individu yang ingin bertanya arah dari dalam kereta. Jarakkan diri anda

•Keluarkan kunci sebelum anda sampai ke pintu rumah, pejabat atau kereta

•Jika anda diikuti, tukar arah dan pergilah ke tempat yang terbuka - seperti restoran


Semasa menggunakan kereta:

•Letak kereta di tempat yang terang dan selamat

•Sentiasa kunci kereta anda - apabila keluar ataupun masuk kereta

•Lihat sekeliling kereta anda dan tempat duduk belakang sebelum masuk kereta

•Jika kereta anda rosak, angkat hud, kunci kereta dan buka lampu amaran kecemasan. Jika ada orang berhenti, buka tingkap dan minta beliau telefon polis atau perkhidmatan tunda kereta.

•Jangan menumpang kenderaan yang tidak dikenali
 

 Jika perkara tidak diigini berlaku:

•Bagaimana anda menangani cubaan merogol? Ia bergantung pada tahap fizikal dan emosi anda. Pentingkan nyawa anda

•Cuba untuk menyelamatkan diri anda - menjerit dan cuba melawan. Buat bising bagi elakkan anda diekori

•Cuba bercakap untuk melengahkan perogol. Fikirkan cara menyelamatkan diri.

•Jika perogol mempunyai senjata, cuba ikut arahannya. Nyawa anda lebih utama

•Jika anda ingin melawan, lakukan dengan cepat dan pantas. Pilih sasaran seperti mata perogol.

Jika Anda Mangsa

•Laporkan kejadian rogol atau gangguan seksual kepada polis dengan segera. Ia akan mencepatkan perogol ditangkap

•Jangan hilangkan bukti fizikal. Jangan mandi, tukar pakaian dan membuangnya sehingga pihak polis membenarkan

•Segera dapatkan rawatan di hospital atau daripada doktor peribadi anda

•Minta bantuan keluarga, rakan atau kaunselor untuk menemani anda ketika membuat laporan

•Dapatkan bantuan kaunselor bagi menangani emosi anda 

Dan Kaedah Yang Paling Mudah tapi amat-amat berkesan adalah Cengkaman Bebola Api ha ha nak nengok gambonya  Klik Sini aku tak tergamak nak siarkan kat sini...nanti kurang pulak pahala Puasa aku dan korang..

Kataku: Anda amat digalak men'klik' bila lepas berbuka atau lepas solat teraweh kalau 'klik' sekarang ditakuti pahala puasa anda akan berkurangan ataupun terbatal lak bila tenguk gambar tu nanti .Aku tak tanggung dosa kalian ok.. dosa aku pun membukit ok..Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan