Ahad, 14 Ogos 2011

Mari Kita Jadi Jiran Nabi Di Dalam Syurga.

http://p2sttj.files.wordpress.com/2010/03/sujud2.jpg?w=500&h=351


Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Rabi"ah bin Kaa'ab al-Aslami suatu ketika pernah melayani Nabi s.a.w dengan penuh khidmat . Beliau mengambilkan air untuk berwuduk kepada Baginda setiap kali hendak solat juga mmemenuhi semua hajat dan keperluan Baginda.

Untuk membalas kebaikkan ini, Rasullullah s.a.w. bersabda kepadanya: "Wahai Rabi'ah,mintalah sesuatu daripadaku."

Rabi'ah  menjawab: "Aku minta agar dapat bersama tuan nanti di syurga."

Baginda bersabda lagi: "Apakah permintaan yang lain ?"
Rabi'ah menjawab :"Itu sahaja wahai nabi ."

Rasulullah lalu bersabda : "Maka bantulah aku dengan memperbanyakkan Sujud." 

Hadis ini membuka jalan bagi kita untuk menjadi jiran Rasulullah s.a.w. didalam syurga firdaus,yakni dengan memperbanyakkan solat sunat. Semakin banyak rakaat solat sunat yang kita lakukan, semakin besar kesempatan kita untuk menepati syurga firdaus bersama-sama Rasulullah s.a.w.,lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini berlipat kali ganda ganjaran untuk kita yang Allah berikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan