Rabu, 31 Ogos 2011

Jika Di Takdirkan Nabi S.A.W Duduk Dengan Anda.. Apa Yang Anda Katakan Pada Baginda?


Sungguh menyentuh nuraniku mendengar lagu dalam vclip ni! sehingga menitis air mataku.Kalau Rasulullah duduk dengan ku, aku segan nak pandang wajah baginda sebab aku terlalu malu dengannya..atas dosa-dosaku yang tidak ikut nasihat baginda, tinggalkan Al-quran dan Sunnahnya..aku malu pada Rasulullah..pasti aku tak dapat nak pandang wajahnya..




~ Law Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah setiap Ahad, jam 9 malam.
====================
LAW KANA BAINANA


Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.


Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.


Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....


Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.







P/s : Terima kasih yang tak terhingga kepada Asyraff Hafdzan Abdullah atas Penterjemahan dalam Bahasa Melayu. Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan