Isnin, 15 Ogos 2011

Gadis Melayu Ke Mana Pergi Maruahmu?


 
Gambar Hiasan

Ke mana pergi maruahmu?
Ke mana pergi kehormatanmu?


Ke mana pergi harga dirimu?
Ke mana pergi agamamu?


Auratmu sewenangnya didedah,
Mata sang teruna ghairah menadah,
Lantas siapa yang harus dipersalah?
Andai habis madu sepah bersepah.


Gadis Melayu..
Kalian begitu mudah dipujuk rayu,
Hanya dengan ungkapan I Love You,
Lantas kalian terkulai layu,
Walau jejaka sekadar jentayu.


Islam telah menetapkan,
Di mana limitasi dalam berhubungan,
Bukan mengongkong hak asasi insan,
Namun untuk kebaikan di hari kemudian,


Gadis Melayu..
Bukan mencaci bukan menghina,
Hanya mengkritik semoga terbina,
Harapnya menjadi peringatan berguna,
Kepada Allah dihanyakan kerana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan