Rabu, 17 Ogos 2011

Cahaya Wudhu Dan Aura Manusia



Tubuh badan manusia dibina dari lebih dari 53 trillion sel-sel yang hidup dan sentiasa bergetar. Hasil daripada getaran itulah yang mengeluarkan haba dan memanaskan tubuh badan manusia. Sel-sel tubuh manusia memerlukan zat makanan untuk hidup dan melakukan fungsinya.

Kajian terkini menggunakan “ nano teknologi ” telah mendapati bahawa dalam setiap sel itu pula mengandungi 10,000 sel hidup yang memiliki kebijaksanaan (intelligence) dan melaksanakan fungsi seperti mana yang telah diprogramkan. Program-program ini dikawal oleh otak melalui talian maklumat yang disampaikan menerusi sistem saraf (meredian lines). Talian saraf ini seumpama talian telefon yang memerlukan tenaga eletrik bagi membawa denyutan (pulse) maklumat daripada otak ke anggota tubuh menerusi saraf sebagai “arahan” dan sebaliknya maklumat daripada anggota tubuh dihantar sebagai “ laporan ” kepada otak supaya otak dapat memproses maklumat itu dan mengenalpasti keadaan anggota berkenaan.

Sekiranya anggota itu sakit, maka otak akan mencari penyelesaiannya seperti mengeluarkan enzim-enzim atau kimia tertentu bagi memulihkan anggota berkenaan. Kesemua proses biologi ini tersusun dalam satu rangkaian proses yang berhubung kait antara satu sama lain.




Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah pula dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini.

Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit.

Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.

Dr Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya “orgone” dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia. Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.

Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian. Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.

Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.

Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya. Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer. Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang. 



Amat benarlah hadis yg diriwayatkan Bukhari dan Muslim yg mafhumnya :
" Sesungguhnya umatku akan dipanggil kelak dgn muka2 dan tangan2 yg bercahaya dari bekas wuduk,maka barangsiapa dari kamu dapat memperpanjangkan cahaya mukanya maka hendaklah dia melaksanakannya "

Sementara hadis  Nabi S.a.w. riwayat ibnu Asaakir dan Dailammi pula berbunyi :
" Istighfar itu papan catatan amal, kemilau cahayanya "

Pernah juga kita terdengar Nur yg terpancar dari wajah org2 soleh dan Nur dari wajah RAsulullah SAW.

Dr. William Eidson dan Karen Gestla dari Universiti Drexel, Dr Hiroshi Motoyama dari Jepun, Dr Zheng Rongliang dari Universiti Lanzhou juga membuat kajian lanjut berkenaan medan tenaga ini. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Bioinformation Institute of A.S Popow mengumumkan penemuan kukuh bahawa organisma hidup mengeluarkan getaran tenaga berfrekuensi antara 300 hingga 2000 nanometers. Mereka memanggilnya sebagai ‘Medan Tenaga Bio” atau “Bioplasma”.

Penemuan ini disahkan oleh Akademi Perubatan Moscow dan disokong oleh penyelidikan di Great Britain, Netherlands, Germany, Amerika dan Poland.




Sel-sel tubuh memerlukan air sebagai sumber makanan utama dengan membentuk 70% daripada tubuh adalah air. Berlandaskan fakta ini dapatlah kita simpulkan bahawa makanan dan minuman yang baik akan membentuk sel-sel yang baik. Sel-sel yang baik ini pula akan bergetar mengeluarkan tenaga. Perubahan kekuatan bioplasma dan sinar cahaya oleh tenaga itu pula telah dibuktikan secara saintifik berkait rapat dengan kadar kesihatan, fizikal, emosi, malah psikologi dan kerohanian seseorang. Maka kini terbongkarlah secara saintifik rahsia rawatan alternatif yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu yang digelar sebagai sains kuno.

Dapatlah kita fahami kini bagaimana logik dan relevennya amalan masyarakat kita yang diwarisi dari petua dan kaedah ulama silam seperti amalan mingguan membaca Surah Yasin yang biasanya diisi sebagai program amal pada malam Jumaat dan ada antara kita yang mengambil kesempatan menadah air sempena keberkatan daripada bacaan Surah Yasin tersebut.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan