Isnin, 15 Ogos 2011

Antara Dua Darjat

Photobucket



Kita semua tahu bagaimana megahnya Dubai, UAE yang membina segala yang tertinggi, terbesar, terluas dan termewah.Cita-cita tinggi dengan kemampuan yang ada, yang dibiayai oleh dolar dari sektor perdagangan dan pelancongan. Populasinya hanya 1.5 juta orang dengan 80 peratusnya berstatus pendatang lebih dari dari 150 negara. Fakta demografi ini, ditambah panorama ibarat kota Newyork dan peraturan pakaian yang boleh dikatakan longgar, membuat Dubai seolah tidak berada di Timur Tengah.

 Berikut kemegahan Dubai

1. PALM ISLAND – pulau buatan terluas didunia
Photobucket



2. BURJ KHALIFA – Menara tertinggi didunia

Photobucket
Photobucket

Photobucket

3. BULJ AL ARAB – Hotel tertinggi dan termewah

Photobucket
Photobucket

4. SKI DUBAI- Salji Di gurun


Sebagai orang Islam aku turut berbangga juga sedikit dengan kemewahan orang-orang Islam di Dubai.Namun di Afrika, negara Islam Somalia, kanak-kanak di sana terpaksa mengikat perut berpuasa bukan sepanjang hari malah berbulan-bulan dan dikatakan diperingkat kritikal. Malah beribu-ribu kanak-kanak di sana yang MATI KEBULURAN. Kerana ketidakstabilan politik dan Di mana jutawan-jutawan Dubai tadi?


 
 

Kebuluran, penyakit-penyakit epidemik seperti kolera, kemarau, konflik dalaman, peperangan suku kaum dan ketidakstabilan politik yang dideritai oleh jutaan rakyat telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian di Somalia. Bantuan yang dihulurkan oleh pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan gagal menyelesaikan kesusahan rakyat. 75 peratus rakyat Somalia menderita disebabkan kekurangan zat.

Jadi , kita yang berada di Malaysia, negara yang sedang membangun, tidak mewah sangat dan tidaklah miskin sangat harus rasa bersyukur dan berdoa agar kestabilan dan kemakmuran negara kita berkekalan.  Kerajaan yang memerintah pula seharusnya juga bercita-cita meneruskan kemakmuran negara kita dengan memerintah dengan adil, mengelakkan rasuah , telus dan penyalahgunaan kuasa serta mengimbangi tuntutan rohani rakyatnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54, NEGARAKU MALAYSIA!
Kredit : isuhangat.net

Kataku : Kalaulah Saidina Umar  hidup kembali ..mungkin..muka Jutawan Dubai ni 
di tampo nye berpusing  ..Maafkan Ana Pak Syeh .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan