Rabu, 31 Ogos 2011

Kalau Lagu Ni... Aku Pun Sokong Komunis...

Maksud Aku Komuni...kasi..Ict.


P/s : ahak ha ha..Ini takda kena mengena dengan yang masih hidup maupun masih mati.. Maaf zahir dan Batin.

Kisah Rasulullah S.A.W, Bersama Anak Yatim Di Pagi Idulfitri


Ayuh hayati kisah ini :


“Ayahku ialah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,”


Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari raya Idulfitri. Sebagaiamana yang diketahui, betapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu hari raya Idulfitri, ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat Idulfitri. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu.


Tiba-tiba, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , mendekat gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut;



Nabi S.A.W : ”mengapa engkau menangis nak...”. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.

Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya :


Anak Yatim: “Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis..


Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namu kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim....”

Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , membelai rambut anak gadis itu sambil berkata :



Nabi S.A.W: “anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”


Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri dihadapannya. MASYAALLAH... orang yang turut bersedih bersamanya ialah Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.


Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.


Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,. Sepanjang perjalanan, gadis itu tersenyum riang dan terhapus kesedihan diwajahnya.


Setibanya di rumah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , gadis kecil itu disambut dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Sayyidah Fatimah membersihkan tubuh gadis kecil itu, menyisir rambutnya dan memakaikan baju baharu dan sepatu yang indah.


Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A menyediakan makanan khas bersempena Hari Raya Idulfitri. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , juga memberikan wang saku kepada si anak. Setiap ahli keluarga Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , menyantuninya dengan penuh kasih sayang. ALLAHU ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil itu memiliki ayah seperti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Begitu pula Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Fatimah begitu gembira meraikan kegembiraan anak gadis kecil itu.


Begitulah keperibadian Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai panduan kita dalam kehidupan. Betapa hampirnya Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dengan anak-anak yatim-piatu. Kini, cuba Tuan-Puan letakkan perasaan anak-anak yatim tersebut sebagai diri Tuan-Puan. Atau anak-anak yatim piatu yang berdekatan dengan diri Tuan-Puan, raikanlah mereka semampunya. Tidak perlu sehingga berbelanja besar, membuat majlis-majlis besar, cukup mengikut kadar kemampuan yang ada.


ar-Rahiq al-Makhtum 


Sollu' alan Nabiyy....
.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


Sumber : 
almukminun
 

Jika Di Takdirkan Nabi S.A.W Duduk Dengan Anda.. Apa Yang Anda Katakan Pada Baginda?


Sungguh menyentuh nuraniku mendengar lagu dalam vclip ni! sehingga menitis air mataku.Kalau Rasulullah duduk dengan ku, aku segan nak pandang wajah baginda sebab aku terlalu malu dengannya..atas dosa-dosaku yang tidak ikut nasihat baginda, tinggalkan Al-quran dan Sunnahnya..aku malu pada Rasulullah..pasti aku tak dapat nak pandang wajahnya..




~ Law Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah setiap Ahad, jam 9 malam.
====================
LAW KANA BAINANA


Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.


Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.


Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....


Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.







P/s : Terima kasih yang tak terhingga kepada Asyraff Hafdzan Abdullah atas Penterjemahan dalam Bahasa Melayu. Wassalam.


Indonesia, Brunei Isytihar Sambut Raya Hari Ini




2 Syawal 1432H. [MOD] -

JAKARTA 30 Ogos - Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bulan tidak berada di kedudukan tepat untuk mengakhiri bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri ditangguhkan sehari kepada esok.

Kerajaan Brunei turut mengisytiharkan 1 Syawal bermula esok.

Di Indonesia menimbulkan kekeliruan pada umat Islam di republik itu yang menjangka Aidilfitri disambut hari ini.

Seorang suri rumah, Nur Arifah tidak menjangkakan pengisytiharan kerajaan tersebut yang diumumkan lewat Isnin dan telah bangun awal untuk memasak daging bagi keluarganya di Jakarta.

"Anak saudara saya semua sudah berkumpul di rumah bapa saya untuk menyambut Aidilfitri dengan pakaian baru tetapi ia salah hari.

''Pasar sudah pun tutup, jadi saya tidak dapat menyediakan masakan baru. Kami mungkin kena makan mi segera pada Aidilfitri esok,'' ujarnya.

Ahli falak dan badan-badan agama menasihatkan kerajaan Indonesia bahawa bulan terlalu rendah untuk diisytiharkan Aidilfitri.

Bagaimanapun, ahli Muhammadiyah, kumpulan agama kedua terbesar di Indonesia, menyambut Aidilfitri hari ini, memandangkan ahli falak menyatakan ia disambut hari ini. Negara-negara lain seperti Arab Saudi, merayakan Aidilfitri hari ini.

"Keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai terpaksa menukar jadual yang mereka telah tetapkan banyak hari sebelum ini,'' kata Icha Susanto, pengurus akaun di sebuah firma swasta di republik itu.

"Kami kecewa kerana adalah sukar bagi anggota keluarga untuk berkumpul di satu tempa disebabkan pertukaran Hari Lebaran,'' ujarnya.

Susanto, 31, berkata, dia juga kasihan kepada keluarga dan penjaja makanan yang terpaksa membuang makanan yang telah mereka sediakan untuk hari pertama daripada tiga hari sambutan Aidilfitri. - REUTERS/ AFP

Isnin, 29 Ogos 2011

Apakah ERTI KEMERDEKAAN Bagi Anda ?






Karya : KaryaMataHati

P/s : Begitu juga Aku..Diharapkan Kalian semua Jua Begitu .Kerana ITU adalah kemuncak segala keMERDEKAAN. Allahu Akhbar !


MERDEKA : Yang dibunuh, digantung, dipenjara, dibuang negara - Merekalah pejuang

Assalamualaikum,

Kemerdekaan negara akan disambut 31 Ogos ini. Kali ini disensasikan dengan putar belit ceramah Timbalan Presiden PAS. Beliau bercakap perkara yang memang fakta sejarah, tapi putar belit melalui media massa kerajaan menyebabkan orang ramai keliru.
 
Tapi ada baiknya, rakyat akan mencari maklumat sebenar kumpulan manakah yang benar-benar berjuang menuntut kemerdekaan  dan  kumpulan manakah yang mengambil jalan mudah mendapat kemerdekaan dengan memijak kumpulan yang lain?
 
Tak ramai yang naikkan jalur gemilang.. kenapa?. Bukan tak patriotik tapi dok rasa kalau naikkan bendera macam sokong kerajaan pulak .

Beberapa tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWsIi-6MYRJb8POUTOn5kZNLV59XEpfKSlSGl6Y9hiO2OBi9uYA0pjWOLnMzgPgXzNxokZG3j1We4icB3Gq2BXkr56vbEl3m7RCIZY5cpEkOX32LRwHzM6SCAcyVCElXzyAP0MMs1WwwYB/s320/320px-Portugis.jpgPengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat
 
24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.
Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.
Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.
http://fc06.deviantart.net/fs45/i/2009/273/a/1/Kota_A_Famosa_2008_by_since1993.jpg 
1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.
 
1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.
 
1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.
Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.
 

1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcBS7zIVpOOkid3c9fyW08lV2T2FFCrtfFn-vioM7gBU2oiTUryIXqS5Fxdw3pirLPYR8vxYSyz_7y-cgAN2Cz41Lbnxt6x4A-pdtDb3gEVTZLSpObHjVsbukDD1k_v_8dxKbWs5Wrlvw/s400/pangkor-treaty.jpgBermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

1914 - Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri terakhir ditakluk Inggeris.

Sejak pengambilan Pulau Pinang pada1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.

Mereka sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap diteruskan.

  • Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.
  • Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.
  • Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.
  • Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.

Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.
 
 
Pegawai Inggeris mengarahkan supaya mayat Tok Janggut diseret sekeliling Kota Bharu dan Pasir Putih dengan kuda, sebelum digantung di hadapan istana. (Seperti gambar di bawah)..
 
Awal kurun ke–20 - Kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir mencetuskan idea pembaharuan Islam melalui Kaum Muda.

http://arkib.gov.my/image/image_gallery?uuid=f4c17b7e-34eb-4175-a3bb-e33a6b29c406&groupId=20994&t=1251444659418Dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lahir Ibrahim Haji Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). Tuntutan kemerdekaan yang berani menjadi sebab Ibrahim Haji Yaakub dipenjara Inggeris Oktober1941, tetapi dibebaskan bila Jepun menjajah Tanah Melayu.

Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiItrjF3I1S-kvrTYemK0lzFNK32yuFB0c1NwR5aCB7WBvdnxbGkhUicLnGg6_8GGdzTMH5CuTGsI3qw5EHVxq0eciU59CXO7FNq1LkYxUj5Zh0KHAFNoYqodK2okAYtjmtLE5hPFIkUFuS/s400/jepunberbasikal.jpgIbrahim Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu Raya.

Sukarno pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

1946 - Malayan Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan Malayan Union.

April 1947 - PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.

Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust. Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah undang-undang kejam Inggeris.

Kini hanya umno 'anak didik British'  satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin Melayu ditangkap.

1955 - Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

1 Jun 1956 - Tunku dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.

8 Feb 1957 - Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan baru dibentuk.

21 Feb 1957 - Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.

31 Ogos 1957 - 12.01 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFqNhNyZY8DEcDrwC5IZicN8QzlA9-bNcPmTkqdTI7x3PAJdBOnweCt1dVUSZ-r72-Wu3d7fFyqQ6OHFrmVaOgFF2AbKNcYF3cKv7oT3SXfMcKdH5KXIOrq3-bkeupsLNP3Mq7I6OMXVc/s400/KL07_280207_KELAB+SULAIMAN.jpg8.00 pagi di Stadium Merdeka. Tunku sebagai Perdana Menteri Malaya di hadapan wakil Ratu Elezabeth, Duke Of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Donald Mac Gillivray, raja-raja Melayu dan orang kenamaan serta puluhan ribu rakyat mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat. Wassalam


 Kredit : Tulahan 
 
 
P/s: Walaupun kita pernah dijajah oleh tiga kuasa besar yakni  Portugis, Belanda dan Inggeris..takda atau jarang kita dengar orang-orang Melayu murtad. ..begitu mantap iman mereka yang terdahulu..Tapi selepas penjajah pulang ke negara  mereka masing-masing dan kita pun Merdeka sudah 50tahun lebih... ramai pulak umat Melayu yang dibelit oleh KeMURTADan apa erti merdeka ..Walau bagaimanapun aku tetap CINTAKAN MALAYSIA..tapi Allah dan Nabinya yang utama. Walaupun merdeka Kita masih lagi Hamba NYA.Merrdekaa!

4 Rahsia Cara Mengubah Takdir Diri

"Apa nak buat dah  di takdirkan  aku ni miskin.. nak buat macam lagi terima ajelah..". Begitulah keluhan ada dia antara kita bila di uji dengan musibah kemiskinan, kesusahan , kejahilan dan berbagai lagi di dunia ini. Tapi bolehkah kita mengubah takdir diri kita ini ? Jawapannya ... Boleh. Tapi bagaimana..


http://www.motivasi-islami.com/wp-content/uploads/2010/03/berdoa.jpg 

Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya.  Padahal, takdir itu boleh diubah. Memang, tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan. Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdir disini ialah mengubah takdir dimasa mendatang.
Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir? Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw.
Bagi Anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silahkan semak hadis berikut:
Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)

Cara Mengubah Takdir

Mengubah Takdir Dengan Berdoa.

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.
Cara Kedua adalah bersedekah. Rasulullah SAW pernah bersabda : Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)
Cara Ketiga adalah bertasbih. Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :
Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu?  Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”)(H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).
Cara keempat ialah dengan berselawat ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)
Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu Anda boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.
Rujukan :
http://www.motivasi-islami.com/rahasia-mengubah-takdir/
SUMBER: PERIBADIRASULULLAH

Air Garam Penawar Racun Dan Cara Makan Mengikut Sunnah Nabi S.A.W


Oleh SYALMIZI HAMID

Ahad, 28 Ogos 2011

Semakin Banyak GEREJA Menjadi MASJID Di Eropah

Di Peace Street 20 Bolton, berdiri sebuah bangunan besar berkubah yang amat bermakana, yang lengkap dengan menara. Tempat itu ramai dikunjungi warga Bolton, terutama yang memeluk Islam, ribuan umat Islam hadir di tempat ini, melaksanakan untuk menunaikan solat Jumaat. Bangunan itu tidak lain adalah Masjid Zakariyya.(lihat peta di sini)




Sejarah berdirinya masjid ini, bukanlah kisah yang singkat. Kala itu antara tahun 1965 hingga 1967 umat Islam Bolton dan Balckburn belum memiliki tempat untuk melaksanakan solat. Untuk melakukan solat Jumaat, mereka melaksanakannya di The Aspinal, sebuah tempat menari yang digunakan di waktu malam, sedangkan siangnya di hari Jumaat, tempat itu dibersihkan para sukarelawan untuk dijadikan sebagai tempat melaksanakan solat Jumaat.


Kerana jumlah jama’ah semakin bertambah, maka diperlukan tempat yang lebih besar untuk beribadah. Dan bermulalah pencarian bangunan yang boleh digunakan sebagai masjid dan pusat islam. 

Pada tahun 1967, ada penawaran pembelian bangunan bekas gereja komuniti Metodis, yang terpaksa dijual kerana terbakar. Dengan dana sebesar 2750 pound sterling dari komuniti Muslim tempatan, akhirnya bangunan itu menjadi milik umat Islam. Bangunan itulah yang kini disebut Masjid Zakariyya itu.


Tidak hanya Masjid Zakariyya, beberapa masjid Inggeris pun memiliki kisah yang hampir sama dengan kisah masjid kebanggan Muslim Bolton itu, yakni sama-sama berasal dari gereja yang dijual, baik kerana kehilangan pengikut, atau kerana sebab lainnya. Berikut ini masjid-masjid yang dulunya merupakan gereja:
 


Masjid Jami’ London


Tempat ibadah ini juga dikenal dengan sebutan masjid Brick Lane, kerana posisinya di Brick Lane 52. Bangunan berdinding bata merah ini merupakan masjid terbesar di London, yang mampu menampung 4000 jama’ah. Walau demikian luas, masjid ini belum dapat menampung seluruh anggota jama’ah solat Jumaat, hingga sering kali jama’ah melebar ke jalan raya.

Masjid ini memiliki sejarah yang sangat unik dan panjang. Awalnya, bangunan yang didirikan sejak tahun 1743 ini adalah gereja Protestan. Dibangunkan oleh komuniti Huguenot, atau para pemeluk Protestan yang lari dari Prancis untuk menghindari kekejaman penganut Katolik. Akan tetapi, kerana jama’ahnya menurun, maka gereja ini dijual.


Di tahun 1809, bangunan ini digunakan masyarakat London untuk mempromosikan Kristen kepada para pemeluk Yahudi, dengan cara mengajarkan Kristen dengan akar ajaran Yahudi. Tapi, program ini juga gagal. Dan bangunan diambil oleh komuniti Metodis pada tahun 1819.


Komuniti Metodis cukup lama “memegang” gereja ini. Walau demikian, pada tahun 1897, tempat ini diambil oleh komuniti Ortodok Independen dan berbagi dengan Federasi Sinagog yang menempati lantai dua.


Tapi tahun 1960-an komuniti Yahudi menyusut, kerana mereka berpindah ke wilayah utara London, seperti Golders Green dan Hendon, sehingga bangunan ditutup sementara, dan hal itu berlanjut hingga tahun 1976. Setelah itu bangunan itu dibuka kembali, dengan nama barunya, Masjid Jami’ London.




Masjid Didsbury


Masjid Didsbury ini terletak di Burton Road, Didsbury Barat, Manchester. Bangunan yang digunakan sebelumnya merupakan bekas gereja komuniti Metodis, yang bernama Albert Park. Gedung ini tergolong bangunan kuno, kerana telah beroprasi sejak tahun 1883. Akan tetapi, pada tahun 1962 gereja ditutup, dan beralih menjadi masjid dan pusat islam. Masjid ini, kini mampu menampung 1000 jama’ah, dan yang bertanggung jawab sebagai imam dan khatib hingga kini adalah Syeikh Salim As Syaikhi.



MASJID BRENT


Masjid Brent terletak di Chichele Road, London NW2, dengan kapasiti 450 orang, dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad Sadeez. Awalnya, bangunan itu merupakan gereja. Hingga kini ciri bentuknya tidak banyak berubah. Hanya ditambah kubah kecil berwarna hijau di beberapa bagian bangunan dan puncak menara.




MASJID NEW PECKHAM


Masjid New Peckham didirikan oleh Syeikh Nadzim Al Kibrisi. Terletak berhampiran Burgess Park, tepatnya di London Selatan SE5. Kini masjid ini berada di bawah pengawasan Imam Muharrim Atlig dan Imam Hasan Bashri. Sebelumnya, masjid ini merupakan bekas gereja St Marks Cathedral.




MASJID SENTRAL WEMBLEY


Masjid Sentral Wembley ini terletak di jantung kota Wembley, dekat dengan Wembley Park Station. Daerah ini memiliki komuniti Muslim yang besar dan banyak kedai-kedai Muslim yang berada di sekitarnya. Bangunan masjid ini sebelumnya juga merupakan bekas gereja. Walau sudah terpasang kubah di puncak menaranya, tapi ciri-ciri bangunan gereja masih nampak jelas. Dengan demikian, siapa saja yang melihatnya, akan mengetahui bahwa bangunan itu 
 dulunya adalah gereja.


Selain masjid-masjid di atas, sebuah gereja bersejarah di Southend juga sudah dibeli oleh Masjid Jami’ Essex dengan harga 850 ribu pound sterling. Gereja itu dijual, kerana jama’ah berkurang, sehingga kegiatan peribadatan dipusatkan di Bournemouth Park Road. 

Gereja ini sudah tidak beroprasi sejak tahun 2006 yang lalu. Rancangan asal gereja akan dijadikan apartemen, tapi rancangan itu ditolak oleh Dewan Southend. Akhirnya, gereja kosong itu dibeli oleh komuniti Muslim yang tinggal di kota itu, yang juga sedang mencari tempat untuk melaksanakan ibadah.


Ketika itu jumlah komuniti ini mencapai 250 orang, “bekas gereja” itu merupakan tempat yang sesuai, kerana mampu menampung 300 jama’ah. Tidak banyak dilakukan perubahan pada bentuk bangunan yang telah berumur 100 tahun lebih itu, hanya perlu menambah tempat untuk berwudhu dan sebuah menara.

Sumber:
irfanirsyad



P/s: Aku pernah mendengar seorang Ustaz mengatakan.. Disaat orang Barat meninggalkan gereja2 mereka juga agama yang mereka anuti itu. Dan mereka bertukar kepada Agama Islam..Agak pelik juga bila orang-orang timur terutama orang kita pergi kepada Agama mereka yang sudah tidak laku disana!Kesian dan sungguh menyedihkan.

4 Jenis Serangga Yang Dibenci Tapi Bermanfaat

Beberapa jenis serangga dibenci kerana menjijikkan dan kadang-kadang menyebarkan kuman penyebab berbagai penyakit merbahaya.
Di sudut lain, ternyata serangga ini memberikan manfaat tertentu bagi ekosistem global.

 

1. Nyamuk

Selain menyebarkan malaria, nyamuk juga menyebarkan  beberapa penyakit merbahaya yang lain seperti demam berdarah, chikungnya dan kaki gajah. Tanpa ada kuman yang disebarkan, gigitannya itu sendiri sudah sangat mengesankan kerana menyebabkan gatal-gatal dan bintik kemerahan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgh9k8yflzDaAjS2uDFfmw13vtB5OeAQBf6KkN0fAEkGY-98oobBppmmIEERIBfgpT54uXBrJBRjJoEpeddZ03foNHz4BLwnOVmmAQNmmHU_UEFCcAKFtgOVVSvnUt6jfYZBTUVYbwz4k/s320/top10_deadly_mosquito.jpg

Namun beberapa spesies memerlukan nyamuk dan larva atau jentik-jentiknya untuk dimakan. Misalnya katak, kelawar, malah  tumbuhan seperti kantong semar. Tanpa ada nyamuk, kepupusan atau pola migrasi binatang liar boleh berlaku.

 

2. Ulat Rengga

Dalam filem-filem horor, ulat ini  selalu digambarkan sebagai pemakan bangkai yang menyeramkan sekaligus menjijikkan. Malah  kadang-kadang berlebihan, kemunculannya pada mayat sering dikatakan sebagai azab orang berdosa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxO2VBcS9dMBnL203HOV7bS7TgG4k37oszA3je4NDVf5cywcAsnDICB_GBlSBAOvT0Tvkv3-8ff8uc8_tv_5yr6oWRo8LK6JaExf_cg7EIpbJcqb_eUtbCYbnl4LruVszwkOktnVDYjLkG/s1600/maggot.jpg

Sedangkan dalam ilmu pengetahuan, ulat ini boleh dimanfaatkan untuk praktik perubatan yang disebut maggot debridement therapy (MDT). Ulat yang merupakan larva lalat atau kumbang itu diletakkan ke  luka dengan cara tertentu agar tidak merebak, sehingga boleh memakan bakteria yang menjadi punca penularan penyakit.

 

3. Lalat

Di mana ada sampah dan bau busuk, di situlah lalat akan selalu muncul. Kesan kotor sudah pasti melekat pada serangga terbang yang sukar sekali ditangkap dengan tangan kosong.
http://www.millenia.co.id/images/lalat.jpg
Sama seperti nyamuk, lalat juga diperlukan oleh beberapa spesies sebagai makanan utama. Selain itu, telur lalat akan menetas menjadi ulat dan membantu penguraian sampah dan material organik yang mengotori persekitaran.

 

4. Lipas

Permukaan badan yang berkilat tidak mengurangi kesan kotor serangga ini. Warna hitam dan antena lipas yang selalu bergerak sering merangsang tindak balas untuk mengambil penyapu untuk memukulkannya.

http://cdn.cisdel.com/wp-content/uploads/2010/12/09_COCKROACH.jpg

Sebenarnya lipas mempunyai perilaku hidup bersih yang seperti  dengan kucing, iaitu sering menjilat badannya sendiri agar sentiasa bersih / higienis . Di samping itu penyelidikan membuktikan otak lipas mengandungi  paduan  anti bakteria yang boleh membasmi kuman besar.gugling