Selasa, 5 Julai 2011

Lelaki Cuba Dibantu Rupa-Rupanya Penyamun

PETALING JAYA: Niat seorang jurugambar membantu seorang lelaki dalam kesusahan bertukar tragedi apabila dia dipukul, ditendang dan disamun menyebabkan kerugian kira-kira RM5,000 dalam kejadian di Taman Perumahan Desa Temuan Damansara Perdana, di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bermula apabila mangsa berusia 30 tahun mahu membantu lelaki itu yang berdiri seorang diri di tepi jalan di susur keluar Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).


Ketika mangsa memberhentikan kereta di sebelah suspek yang berusia 20-an dan mahu bertanya masalah tiba-tiba satu tumbukan singgah di muka menyebabkannya panik.


Sumber polis berkata, sebaik muka ditumbuk, suspek mengeluarkan pemutar skru dan membuka pintu kereta lalu mengarahkan mangsa memandu kenderaannya.


“Mangsa yang panik memandu kereta itu dan ketika tiba di lampu isyarat, suspek menyuruhnya memberhentikan kereta sebelum dua rakannya menaiki Proton Waja muncul.


“Suspek menyuruh mangsa berpusing di taman perumahan itu kira-kira dua jam untuk sebelum melakukan jenayah,” katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, selepas puas berpusing, suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kereta sebelum menariknya keluar dan membelasahnya.


“Suspek melarikan beberapa barangan berharga termasuk telefon, komputer riba, wang RM70 dan kunci kereta dengan nilai keseluruhan RM5,000,” katanya. (CI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan