Selasa, 5 Julai 2011

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan ...

"Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: masa mudamu sebelum tua. Masa sehatmu sebelum sakit. Masa lapangmu sebelum sibuk. Masa kayamu sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati. "(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun ra)

Hidup sihat adalah dambaan setiap manusia di mana dan dari kalangan apapun jua, kerana kesihatan mempunyai nilai yang tak terkira, terlebih dengan
susunan hidup dengan teknologi canggih saat ini.


Marilah sama-sama kita pelajari dan cuba
sihat ala Rasulullah.

Ada beberapa
kebiasaan positif yang membuat Rasulullah SAW selalu tampil fit dan jarang sakit, antaranya:

 
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk
bangun sebelum subuh, melaksanakan
solat sunat dan
solat Fardhu, solat subuh berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara
lain:

- Berlimpah pahala dari Allah

- Kesegaran udara
subuh yg bagus utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan
perasaan

 
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
 
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. 
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian pula
menggosok gigi dan memakai harum- haruman "(HR Muslim)

 
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
 
Sabda Rasul: "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) "(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan .

 
4. GEMAR BERJALAN KAKI
 
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk
mencegah penyakit jantung


 
5. TIDAK PEMARAH  
 
Nasihat Rasulullah: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan
  kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
 
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:

- Mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.

- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan.

- Segeralah berwudhu.
 
- Solat 2 Rokaat
untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati  
 
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
 
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

 
7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga
  kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhiiri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

: Ya Allah, bersihkanlah

hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah ...:


Dahulu ketika
Rasulullah SAW masih hidup, beliau hanya sakit dua kali saja,
iaitu ketika turunnya wahyu pertama Al-Qur'an, iaitu ketika itu
baginda mengalami ketakutan yang sangat sehingga menimbulkan demam yang hebat. Yang satunya lagi menjelang baginda hampir wafat. Mungkin rahsianya SEBAHAGIAN dari  7 perkara di atas, semoga  kita semua mendapat manfaat darinya.
 
(sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan