Ahad, 12 Jun 2011

SEBAB MENGAPA PORTUGIS GAGAL MENAKLUKI BAHAGIAN UTARA TANAH MELAYU

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah?)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar bertapa Ketua...nan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera 1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa... 1512: 

 

Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,... Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan... 

Seminggu selepas FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah ?
 
Perisik 1.2.3 : selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan PulauPinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..?( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu- ribu Hang.. 
 
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, Hang apa khabar, Hang lagu mana,Hang pi mana, Hang nak pi mana, Hang singgah dulu, bapak Hang,mak Hang, adik Hang, tok Hang macam - macam lagi Hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka,  bersama  mereka  begitu amat menghantui tidur malamnya dan begitu amat ngerikan ......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu Hang kat situ.  Bila ia baca scroll sampai bawah..... lagi...dan.. lagi ..dan..lagi.. Hang  tunggu apa lagi...Hang nak mampuih ka....Hang pi buat kerja nu!!

2 ulasan:

  1. Hahaha.. saya penah baca ... sib baik saya tak buat entri serupa ... saya baca ni dalam satu laman komuniti ..beberapa tahun dulu.

    BalasPadam
  2. ye ke ahak ..sapelah yang punya idea ni ya.. memula macam real aje hehaha

    BalasPadam