Khamis, 16 Jun 2011

Jika Kita Kafir, Adakah Kita Akan Memeluk Islam?

Ini satu persoalan untuk diri kita semua...

Bayangkan.. Jika kita dilahirkan sebagai seorang yang kafir, adakah kita akhirnya akan memeluk Islam? Jika kita sudah dilahirkan di dalam sebuah keluarga kafir yang hidup di dalam kesenangan, kemewahan, dan penuh kasih sayang, sanggupkah kita menolak semua itu semata-mata kerana Islam? Adakah sanggup kita berpisah dengan ibu kita yang beragama lain, dan kita dibenci oleh seluruh keluarga kita kerana memeluk Islam?

Maka tanya pada diri anda sendiri.. Adakah anda akan memeluk Islam, jika anda asalnya kafir? Apakah yang membuatkan anda yakin dan pasti bahawa anda akan memeluk Islam walaupun anda dilahirkan kafir?

Adakah perbuatan anda selama ini mencari Islam? Adakah anda terpesona dengan keindahan Islam? Adakah anda mencari ilmu pengetahuan tentang Islam? Yang sebenarnya, kita pentingkan Islam, atau kita pentingkan perkara lain? Sehingga kita mengabaikan segala perintah Allah dan mengingkari larangan-Nya?


Adakah kita ini Islam pada nama sahaja atau Islam hanya sebab keturunan?

Ayuh bertanya pada diri sendiri dan saling bertukar pendapat. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Sepatutnya kita bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim. Renung-renungkan..



Kredit : Sini

Kataku : Yalah, bayangkan kita lahir  dari perut ibu yang Bukan Islam bagaimanalah agaknya hidup kita hari ini. Iman dan Islam  itu amat berharga jagalah ia sebaik mungkin ya.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan