Khamis, 9 Jun 2011

Benarkah Batu Terapung Di Masjidil Al Aqsa Wujud?

Inikah batu yang dikatakan terapung itu?!


Di Israel ternyata telah ditemukan salah satu keajaiban dunia, .Keajaiban itu boleh disebut The Rock (Dome of The Rock). Batu itu adalah Batu Pijakan Nabi Muhammad SAW yang merupakan Bukti kebesaran Allah SWT. Batu tersebut terletak Di tengah-tengah Masjid Qubbah Al-Shakhrah (Dome of the Rock), dan berukuran kurang lebih 13,8 x 17 meter, batu tersebut seolah-olah tergantung di udara. Ada kisah mengatakan bahawa batu ini mahu mengikut Rasullah Mikraj ke langit.


Kerap kita semua terbaca dan terlihat beberapa gambar batu terapung  seperti di atas ... maka di katakan kononnya inilah Batu Terapung di Al Aqsa. Walau pun jelas ada yang tidak kena dengan gambar tersebut .


Sebagai info untuk di kongsikan maka saya paparkan jawapan dari Tok Guru Dari Pasir Tumboh, Kelantan.Sebelum itu mari kita lihat gambaran sebenar tentang Batu Terapung itu ...

INI ADALAH GAMBAR BATU TERAPUNG yang ASLI !
Batu ini merupakan sebahagian daripada bukit di Al-Ahsa (Timur Arab Saudi) ..


GAMBARAN BATU YANG SAMA DENGAN SUDUT  YANG BERBEZA ...(Diambil oleh orang yang  disebelah belakang batu  ini)

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Masjid Qubbatus Shakhrah (As-Shakhra) atau Dome Of The Rock


Dan ini bentuk yang sebenar Masjidil Aqsa jika dilihat dari depan 



Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.


Inilah Gambar  Batu Terapung yang Asli Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

9 ulasan:

  1. Foto masjid berkubah warna emas itu bukan Masjid Al-Aqsa. Itu adalah Dome of the Rock. Harap betulkan. Yahudi telah memesongkan umat Islam dari mengenali Masjid Al-Aqsa yang sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la gambar tu...hang yang silap!

      Padam
    2. Assalam.janganlah tuanpuan marahkan Tuan Tanpa nama tu.memang pada mulanya saya tersalah letak gambar Masjid Al-Aqsa tu,Ia yang menasihati saya supaya menukar gambar itu ,harap maklum semua. Artikel ttg masjidil Aqsa lawat Di>> http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/12/dimanakah-letak-masjidil-aqsa-yang.html

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kepada tanpa nama_-_betoi la tuh gambaq masjidil al-aqsa..
      tang mana yg salah..adoii..

      Padam
  3. betullah gambar diatas tu.. masjid al-aqsa sebenar kubah berwarna hijau kelihatan seakan2 warna kelabu.. tiada lagi keraguan. nak tahu lebih lanjut silalah google image.. wallahua'lam.

    BalasPadam
  4. ntahnye....klu nak tgk masjidil haram g la kt google

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikom. Saya telah beberapa kali menegur beberapa pekedai yang meletakkan poster seperti dalam gambar pertama di atas, malah ada yang diletakkan beberpa surah dan kalimar Allah. Saya diberi peluang untuk melawat Baitul Muqaddis sekitar tahun 2000-2001. Batu yang dimasyhurkan ingin mengikut RasululLah S.A.W sebenarnya terletak di Dome of Rock, terbentuk seperti sebuah pentas yg terangkat dan di bawahnya terjadi seperti bilik (dungeon).

    Suatu masa dulu, Dome of Rock dijadikan simbol Masjidil Aqsa, malah kerana dasar tertutup Zionis menyebabkan seluruh dunia menganggap Dome of Rock adalah Masjidil Aqsa. PAdahal, Masjidil Aqsa diancam pencerobohan dan berbagai aktiviti antikuiti dilakukan di bawahnya kerana org2 Yahudi mendakwa di bawahnya terletak tempat Nabi Sulaiman A.S. beribadat (saya pasti tmpt yg dimaksudkan adalah The Wailing Wall, cuma tak dibenarkan masuk pada masa itu). Masjidil Aqsa banyak menyaksikan peristiwa hitam antaranya dibakar oleh Yahudi dr Australia (kos pembaikan dibiayai oleh Al Malik Faisal/Saud) Antara kejadian lain ialah jemaah Jumaat ditembak secara rambang sewaktu sedang rukuk dari belakang. Kesan tembakan masih kelihatan di sekitar kompleks. Terdahulu, Masjidil Aqsa pernah musnah sama sekali akibat gempa bumi di awal 1030an dan dibina semula oleh pemerintah Fatimiyyah (Syiah, dikenali juga sebagai Bani Ubaidillah). Tahun 1099, masjid suci ini dijadikan istana dan gereja oleh Tentera Salib, tetapi dikembalikan menjadi masjid sehingga sekarang setelah ditakluk semula oleh Salahudin al-Ayubi.

    Saya harap penjelasan ini dapat memberi maklumat tambahan yang sahih untuk pengetahuan kita semua. Wallahua'lam

    BalasPadam
  6. Salom, semua benda-benda unik itulah kebesaran Tuhan Allah, agar menusia tdk angkuh atau menilai itu milik siapa atau agama itu atau itu tapi marilah kita melihat sebagai karya ke Maha Kuasaan Tuhan Allah sebagai bukti bahwa di luar diri manusia ada yang lebih berkuasa dan terdasyat...marilah kita menginsyafi dan memuji-Nya kebesaran-Nya, Allahu akbar, Hosiana Halleluyah. Amin

    BalasPadam