Sabtu, 21 Mei 2011

Kluang Rail Coffee Nafi jual kopi gelatin babi

Sekarang ni kecoh pasal Kluang Rail Cofee yang telah dikelaskan sebagai haram oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAJ). kedai yang sudah beroperasi lebih daripada 70 tahun itu disahkan haram selepas Jabatan Kimia Johor membuat kajian terhadap campuran kopi yang mengandungi gelatin babi serta terdapatnya alkohol didalam madu yang digunakan sebagai sapuan roti bakar. kopitiam yang terletak di Stesen Keretaapi Kluang ini mempunyai beberapa cawangan lain termasuk di- Lembah Klang serta sekitar bandar Kluang.




Nafi Jual Kopi Gelatin Babi


KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar 
Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, 
atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan 
kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.
Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran
 untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret      Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.


Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37,  
Lim Jit Tong, 42, dan     Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi     
DNA babi, antara jam 3 petang     hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 
25 Mac lalu.


Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan 
Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis    Jabatan Kimia Petaling Jaya, 
Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

Sumber : Harian Metro

KINI SEMUA TINGGAL KENANGAN YANG MEMUALKAN...
  
Tengoklah sebahagian besarnya orang-orang melayu kita.Lain kali tanyalah siapa Tuan punya      
Kedai tu dan   Siapa yang menyediakannya,Ini tidak.. main tengok ramai  perempuan pakai tudung      
dan ada pak lebai duduk kat situ kalian buat tafsir sendiri " Halal kot ..".Sampai bilalah orang kita ni
asyik kena tipu aje. Yang dah tertelan dan terhirup tu takkan nak samak pulak kan.. bertaubatlah moga
 Allah terima taubat kita. Pilihlah kedai Muslim lain kali ya..glup !




Sabda Nabi yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah  di antara 
rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” Kemudian beliau 
mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya   
kusut serta berdebu, ia menengadahkan kedua tangannya ke langit: Yaa Rabbi ! 
Yaa Rabbi ! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia 
pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram, dan 
dibesarkan dari hal-hal  yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do’anya”. 
(HR Muslim no. 1015). 
  
 P/s : Bukan mereka tak tahu siapa tuan punya kedai tu.. tapi kita ni dah terbiasa dengan
 budaya POP dan GLAM. Takut nanti  orang kata tak Up to Date lah dan tak Spotinglah.Lalu 
kita pinggirkan Apa kata Allah , Nabi juga Ulama.Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan