Selasa, 24 Mei 2011

Bukan Barang Naik, Ringgit Yang Jatuh


PERTIMBANGAN sedang dibuat apakah harga runcit minyak akan naik atau kekal setakat yang ada yang rasanya sudah cukup tinggi dan membebankan.
Jika naik dikatakan mungkin setinggi 20 sen seliter. Tidak lari dari berbelas-belas sen.

Cakap-cakap tentang kenaikan itu ialah kerana kajian tentang harganya sudah ditentukan sekarang setiap enam bulan sekali. Genap enam bulan itu tiba pada Jun ini.

Kemungkinan naik ialah disebabkan harga minyak di pasaran dunia biasanya naik menggila. Bila ia naik maka Malaysia yang mengeluarkan minyak itu pun menaikkan harga runcitnya.

Sekali pun Malaysia negara pengeluar minyak tetapi Malaysia bukan syurga bagi pengguna minyak. Ia tidak bertuah seperti lain-lain pengeluar minyak, kendati pun minyak naik di pasaran dunia tetapi pengguna minyak tempatan menikmati hanya minyak yang amat murah.

Bagi negeri itu sebotol air mineral jauh lebih mahal dari seliter minyak. Di negeri kita, air mineral mahal dan minyaknya juga mahal.

Bila minyak didesas desuskan akan naik, maka ia dipercayai akan naik. Bila ia naik maka ia akan diikuti oleh naik segala-galanya.

Kerajaan manusia yang ada di Malaysia tidak berupaya untuk mengelakkan membayar lebih dari harga yang ada sekarang. Dalam bahasa biasanya ialah harga barang akan naik.

Barang-barang dari dulu hingga sekarang sebenarnya tidak berupaya dicegah oleh kerajaan. Bukan kerajaan yang dapat menentu dan mengawal harga. Ia ditentukan oleh peniaga. Kerajaan tidak cukup polis untuk mencegah mana-mana saudagar dan pembekal dari menaikkan harga.

Bila kerajaan tidak beri persetujuan harga dinaikkan, maka barang pun hilang dari pasaran. Buat apa pun tak jalan melainkan setuju ia dinaikkan. Bila naik barang pun ada balik.

Siapa juga jadi menteri, seiapa juga jadi menteri kewangan dan siapa juga jadi perdana menteri, maka belum ada yang benar-benar dapat mengawal harga barang kerana ia ditentukan oleh para peniaga. Sah kerajaan menjadi pihak yang tidak berkuasa mengawal harga barang dan gagal dalam membendung kenaikan harga.

Tetapi harga yang dirasakan naik itu sebenarnya bukan kerana ia sengaja hendak dinaikkan begitu saja tetapi apa yang terjadi yang menyebabkan penggsuna terpaksa membayar lebih ialah disebabkan oleh nilai wang itu jatuh.

Duit seringgit 20 tahun dulu cukup untuk secawan teh atau kopi susu bersama sekeping rota canai dan satu kuih yang lain. Tetapi seringgit hari ini sekeping roti canai dan secawan kopi o tak cukup. Sekadar RM4 ribu dulu cukup bagi seorang naik haji ke Mekah. Tetapi sekarang duit sejumlah itu sekarang layak untuk umrah kurang dari dua minggu.

Bagi yang menabung di Tabung Haji yang mencarum tetap sekian banyak sebulan, lagi lambat dia mencukupkan keperluan yang dikehendaki bagi membolehan dia naik haji, lagi lambatlah dia naik haji, sampai bila pun keperluan itu tidak akan cukup melainkan dia terpaksa mencukupkannya dengan cara lain untuk membolehkannya naik haji.

Mengapa? Kerana kerajaan tidak dapat mengawal nilai duit. 20 dan 30 tahun dulu kita kata Indonesia tidak dapat mengawal nilai rupiahnya. Orang yang bertahun-tahun menyimpan wang untuk membeli rumah atau motokar, apabila agak cukup simpanan itu, tiba-tiba nilai rupiah jatuh mendadak. Duit yang mereka simpan tiba-tiba nilainya tinggal separuh.

Sepuluh tahun dulu saya selalu ke Istanbul. Liranya jatuh setiap jam. Dolar Amerika yang ditukar sebelah pagi dapat sekian banyak. Jika ditangguh hingga tengah hari, lebih banyak Lira diperolehi dari dolar yang sama. Sebelah petang lagi banyak.

Jika ada cukup Lira untuk membeli sesuatu barang, belilah masa itu juga. Jika tunggu esok, harganya berubah dan Lira itu tidak lagi cukup.

Kerajaan Tayyib Erdogan berjaya mengawal nilai Lira. Liranya stabil. Tidak perlu menggunakan ribu-ribu dan juta Lira lagi. Harga pun sudah stail. Ertinya kerajaan yang baik dapat mengawalnya.

Tetapi di negeri kita, harga ayam dan ikan hampir berubah setiap hari. Ringgit yang cukup untuk membeli seekor ayam enam bulan dulu, tidak boleh membelinya dengan jumlah ringgit yang dulu. Nilai duit sudah jatuh banyak.

Saya hendak menukar tayar. Saya sudah pastikan harganya. Saya tunggu hujung bulan bagi mencukupkan duit yang diperlukan. Bila ke kedai tayar hujung bulan, harganya sudah tidak sama lagi.

Sekarang kita tidak mahu lagi bercakap tentang kenaikan harga barang tetapi lebih suka bercakap tentang nilai duit jatuh setiap hari. Bila duit jatuh nilai, gaji menteri bulan ini lebih rendah dari bulan hadapan. Di samping menimbangkan harga baru bagi barang keperluan, kabinet juga perlu menimbangkan gaji baru bagi menteri. Ia bukan kerana barang naik tetapi kerana nilai ringgit jatuh setiap hari.Untung orang yang ada simpan Emas (Klik Sini)

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan