Rabu, 9 Februari 2011

Kebaikan Bila Kita Berhenti Merokok

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda kebaikan berhenti merokok. 

Di sini saya akan beritahu anda apa yang anda akan rasa kebaikan dari semasa ke semasa faedah sekiranya anda berhenti merokok.

# 20 minit : Tekanan darah dan denyutan nadi serta suhu tangan dan kaki
anda akan mula kembali normal.

# 8 jam : Kandungan nikotin berbahaya dalam badan anda
dari rokok yang anda ambil sebelum ini akan berkurangan kepada 6.25%.
# 12 jam : Kandungan oksigen dalam darah akan meningkat ke tahap normal
dan kandungan karbon monoksida akan berkurangan.
# 24 jam : Tahap kebimbangan untuk mendekati proses pemberhentian.
# 48 jam : Kerosakan saraf, deria rasa dan bau akibat kesan 'racun' yang disedut
dari rokok menjadi semakin pulih.
# 72 jam : 100% Keseluruhan badan akan merasai tindak balas dan lebih
dari 90% racun-racun yang berbahaya dalam badan akan keluar melalui
pembuangan kumbahan dalam badan. Sistem saluran pernafasan semakin lancar
dan anda mula merasai ketenangan kesan dari perubahan ini.
# 5 - 8 hari :  Di kala ini kebanyakan bekas perokok akan mula melawan
rasa ketagihan setiap hari. Setiap 1 saat dirasakan seperti sejam dalam
pertarungan melawan ketagihan. Di waktu inilah perlunya kekuatan semangat
dan senjata yang boleh digunakan.
# 10 hari - 2 minggu : Kebiasaanya bekas perokok akan mula mendapat
kekuatan bahawa diri mereka sebenar-benarnya boleh berhenti merokok.
Kadar pemulihan sudah mula menampakkan hasil dan rasa ketagihan sudah
mulai hilang. Pada waktu ini tekanan darah kembali normal seperti mereka
yang tidak merokok.
# 2 - 4 minggu : Kesan-kesan merokok seperti kemarahan, keresahan,
tidak fokus, tidak boleh tidur, keletihan dan tekanan perasaan telah berhenti
sepenuhnya. Jika simptom ini masih berlaku anda dinasihatkan berjumpa
dengan doktor pakar. (Mungkin bukan disebabkan oleh simptom merokok).
# 21 hari : Tahap keransangan otak untuk tidak bergantung dengan rokok
menjadi normal sama seperti orang yang tidak merokok.
# 2 minggu - 3 bulan : Sistem perjalanan darah kembali lancar dan
mengurangkan risiko terhadap serangan sakit jantung. Mulut anda semakin
bersih dan tidak berbau. Kereputan gigi akibat rokok telah mula berhenti.
# 1 - 9 bulan : Kesan-kesan merokok seperti sesak nafas, batuk-batuk dan
kelesuan telah berkurang. Paru-paru semakin bersih dan pembentukan
sel saraf dalam paru-paru menjadi normal. Keseluruhan kesihatan dalam
badan semakin meningkat.
# 1 tahun : Risiko serangan sakit jantung disebabkan pembuluh darah
tersumbat akibat asap rokok telah menurun.
# 5 - 15 tahun : Risiko penyakit berbahaya seperti Stroke,
kanser paru-paru, kanser mulut dan tekak telah menurun berbanding
mereka yang masih merokok.
# 15 tahun : Anda telah selamat sepenuhnya dalam perjuangan menentang
bahaya merokok sekaligus meletakkan anda setaraf dengan orang-orang yang
tidak merokok. Tahap kesihatan jantung anda kini adalah sama seperti mereka
yang tidak pernah merokok.
Jadi, terpulanglah kepada anda, untuk membuat pilihan.
Memilih untuk hidup yang lebih sihat atau lebih sengsara di kemudian hari.
(klik disini)

Tiada siapa yang boleh merubah diri anda kecuali diri anda sendiri.
Kerana anda yang menentukannya.
Bebaskan diri anda dari rokok berbahaya.

Susunan: Abdullah Marzuki

1 ulasan:

  1. sesiapa yg nak cuba berhenti merokok secara semulajadi boleh mengunakan produk i-quit.
    Terbukti berkesan , hanya dalam 7 hari kesannya boleh dirasai.

    Like kami di :
    https://www.facebook.com/jomhenti

    BalasPadam