Ahad, 20 Februari 2011

Celakalah Orang Yang Solat Jika...



Assalammualaikum,Satu Dunia.Selepas kita semua  tengok video diatas tadi, jangan pulak  ada di antara yang takut nak Solat  sebab takut hantu .Kita bukannya budak  lagi dah bangka dah...itu gambaran dan imagenasi penerbit video ini sahaja.Apa yang kita ingat itu yang akan datang kepada kita. Wallahuaqlam.
Kenapa orang yang solat tetapi dipanggil celaka? Biar betul, kalau orang yang solat pun celaka, apa lagi yang tak solat betul tak? Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang solat tetapi celaka ini.Artikel ini sebagai pesanan untuk diriku sendiri juga.Kadangkala kita alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini.
.
Sebenar ayat ini dirujuk dalam Al-quran, dalam surah Al- Ma’un ayat ke – 4

celaka orang yang solat
yang bermaksud

“Maka celakalah orang yang solat”.
Pada ayat ke-5 Allah menjelaskan bahawa orang-orang yang mendapat celaka dalam solatnya ialah :
“(Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”
Saahuun; maknanya ialah lupa.

Yang di maksud celaka adalah apabila seseorang telah melakukan solat, tetapi solat itu tidak membawa manfaat dan kebaikan sama sekali. Ini kerana tidak dikerjakannya dengan sungguh-sungguh ; masih setengah-setengah dalam menjalankannya.
Tidak peduli apakah solatnya sudah betul atau tidak, dan solat hanya sebagai menjalankan kewajipan sahaja.

Tidak timbul kesedaran sebagai seorang Hamba Allah, “maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu”(QS. al-Kaustar ; 2), yang sepatutnya kita memperhambakan diri kepada Allah dan mengerjakan solat sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam Al-Quran.
Dan termasuk orang yang celaka kerana solatnya adalah ketika dalam menjalankan solat dengan tidak penuh khusyuk, Allah Taala telah menyeru dalam al-Qur’an “peliharalah semua solat dan solat wusta, dan laksanakanlah (solat) kerana Allah dengan khusyuk ”(QS. Al-Baqarah : 238).
“Tidak ada bagi seorang yang datang kepadanya solat wajib, lalu ia memperbaiki wudhuknya, khusyuknya dan rukuknya, kecuali solat itu akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu, selama ia tidak melakukan dosa-dosa besar, dan hal ini untuk setiap masa”. (HR. Muslim).
Solat yang khusyuk adalah solat yang dikerjakan dalam keadaan berharap, cemas, dan cinta, serta dengan takbir yang sempurna, lantunan ayat yang tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan diliputi kerendahan hati serta keikhlasan. Tentu tidak lupa harus sesuai dengan syariat.

PETUA AGAR SOLAT KITA LEBIH  KHUSUK :

“Shalatlah seperti solat orang yang hendak berpisah , seakan-akan ini adalah solat yang terakhir dalam hidup kita dan seakan-akan kita melihat-Nya, walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka solatlah seperti solatnya orang-orang yang akan berpisah (meninggal).” (HR. Ibnu Majah)

Dan solat itu juga dilakukan pada waktu yang telah di tentukan, Allah Taala berfirman “Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (QS. an-Nisa : 103) tidak megakhirkan waktu solat atau juga tidak solat di luar waktunya.
Seperti apa yang kita lihat sekarang ini, ramai orang yang mengakhirkan solatnya kerana sayang hendak meninggalkan cerita di TV, kerana hendak menyiapkan kerja harian dan sebagainya.

Sabda Nabi saw. “Sebaik-baik amal adalah solat pada awal waktunya.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk.

1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Baca lagi info solat.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.

Tok,Nek, Pakcik,Makcik, Abang,Kakak, Adik ,Saudara dan Saudari JOM SOLAT ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan