Selasa, 8 Februari 2011

8 Program Buat Duit yang Panas pada 2011

Kalau nak dikutkan, memang banyak peluang buat duit kat Malaysia nih. Baik offline ataupun online. Dari segi offline, 1001 pekerjaan kita boleh buat. Tak kiralah korang seorang doktor, guru, penarik beca, menteri, pegawai bank, penjual insurans, penjual kebab, penebar roti canai atau apa pekerjaan pun, pasti ada kerja yang boleh kita lakukan. Dari segi online pula, kita ada bloggger, content provider, webmaster, internet marketer, software developer dan sebagainya. Pendek kata, banyak kerja yang kita boleh pilih dan lakukan. Cuma, kita nak atau tak nak ajer.

Kini, sudah banyak lambakan program-program yang aku boleh listkan sebagai premium di Malaysia yang boleh bantu kita bagi sedikit pendapatan terutamanya melalui blog-blog kita tu. Antaranya..

Innity. Program ni memang antara yang pertama wujud dan memberi peluang kepada blogger dan webmaster untuk buat duit dengan blog masing-masing. Ketika syaratnya masih tidak ketat, tidak ramai yang pandang program Innity ni. Tapi, bila banyak blogger yang berjaya buat duit dan masing-masing berkongsi tentang pendapatan dan hasil yang mereka dapat dari Innity, aku rasa ramai yang menyusul jejak langkah mereka. Akibatnya, pemilihan blog untuk Innity semakin ketat. Aku sendiri dah rasa macam payah nak submit blog baru. Satu blog aku kena reject sebab tak cukup trafik walauupun aku trafik dari blog itu sangatlah tinggi. Nak buat macam mana, bukan rezeki aku. Itu kes Innity.

Advertlets. Program ini agak kontroversi. Memang ada yang dah dapat bayaran. Cuma tidak berapa ramai seperti mana program Innity ataupun Nuffnang. Cek Advertlets dah jarang aku nampak dan aku rasa Advertlets kena buat post-moterm kalau nak tarik blogger melayu. Blogger berbangsa cina, memang tak ada masalah dan ada yang kat Advertlets berat sebelah kepada blogger cina. Betul atau tidak, korang fikir dan cari jawapannya sendiri. Tapi Advertlets juga merupakan salah satu syarikat yang jadi pemangkin kepada penggerak industri blog di Malaysia. Itu pasti.

Nuffnang. Program yang sentiasa panas setiap tahun. Beratus ribu blogger yang telah menyertai Nuffnang dan aku rasa beribu yang pernah dapat cek dari Nuffnang. Aku rasa idea Nuffnang untuk mengekalkan bayaran melalui cek sangatlah tepat berbanding menggunakan bank. Bukan apa, bagi aku sendiri, aku suka terima bayaran dengan menggunakan cek. Macam ada sedikit nilai sentimental disitu. Setakat ni, banyak gak cek nuffnang yang aku dapat. Sikit hari lagi, boleh capai minimum payout dan boleh request untuk payout. Berbanding dengan program Advertlets dan Innity, Nuffnang merupakan program yang mempunyai banyak blogger yang berminat untuk buat duit dengan blog mereka. Senang cerita, Nuffnang ni bayar, bersistematik dan membayar.

Youthsays. Ini lebih kepada sebuah komuniti yang mengkhususkan kepada golongan remaja. Dan ketika aku join komuniti ini, memang agak teruja. Banyak gak event yang aku tak dapat ikut dan aku rasa sayang melepaskannnya. Tapi benda dah jadi, biar ajelah. Dan kini setelah mengorak langkah dengan membuat banyak perubahan, Youthsays menjadi salah satu tempat yang tidak asing bagi blogger dan remaja di Malaysia. Banyak blogger yang berjaya buat duit dari Youthsays, begitu juga aku. Akhirnya, aku dah dapat bayaran pertama dari Youthsays. Huh, bukan senang tu.

Churpchurp. Ya, satu lagi program dibawah syarikat Nuffnang. Kiranya macam adik-beradik aje. Cuma pada awalnya Churpchurp lebih kepada pemasaran twitter dan menjadi pihak ketiga yang menguruskan jual beli bersandarkan tweet di Twitter para pengguna terutamanya para blogger di Malaysia. Senang cerita, kita boleh buat duit dengan Churpchurp jika tahu caranya dan peraturannya. Aku juga dah dapat bayaran kedua dari Churpchurp. So far, agak puas hati sebab kerjanya tidaklah menyusahkan aku. Cuma main-main tweet ajer..

ManggaAd. Bersandarkan kepada salah satu majalah yang popular, mereka mengorak langkah kepada pengiklanan online yang hampir serupa dengan Innity. Yang bezanya buat setakat ini, mereka tidak menerima bayaran berdasarkan klik dan cuma membayar berdasarkan jumlah view atau impression. Pendek kata, banyak trafik, banyaklah income ManggaAd korang nanti. Setakat ni, lom cukup payout. Baru RM60 lebih aje dan aku kena tunggu dapatkan RM40 lagi untuk dapat bayaran yang pertama.

HeartBeat. Program ini lebih kepada menjual barangan cenderahati dan hadiah yang unik. Hadiah-hadiah tersebut pastinya unik dan mempunyai keaslian tersendiri dan banyak blogger yang cuba mengintai-intai peluang untuk dapat buat duit dengan Heartbeat dengan jayanya. Heartbeat mempunyai cara buat duit yang tersendiri. Boleh dapat melalui jualan, klik dan pelbagai cara lagi. Bagi yang belajar tentang dunia blogging ni, mungkin tak berapa faham apa kejadahnya Heartbeat ni. Mungkin ulasan tentang HeartBeat semalam boleh bantu korang faham dengan lebih lanjut tentang program ini.

701panduan. Ini yang terbaru setakat ini dan aku baru sahaja cuba dalam sebulan lebih. Dapatlah kumpul dalam RM30 dan masih kena tunggu lagi dalam RM20 lebih untuk capai bayaran yang pertama. Aku pasti, ramai yang tak tahu tentang program ini dan aku rasa korang boleh cuba untuk buat duit dengan program 701panduan ni. Pengalaman aku ketika daftar, mereka akan mintak data trafik korang untuk direview sebelum mereka menerima korang ke program mereka. Ala-ala Innity jugaklah. Tapi mereka bayar kita melalui nilai klik. Agak besar juga ratenya. 1 klik bersamaan dengan RM0.30. Kalau dapat 100 klik, leh dapat RM30. Ohh, maknanya aku dah dapat lebih dari 100 klik rupa-rupanya. Tahniah untuk diri aku..

Ps: Itu belum lagi dengan program-program affiliate tempatan yang giat dibuka kepada ramai blogger. Belum lagi cerita pay per lead dan juga program-program seperti Adsense dan Bidvertiser. Yang pasi, jika mahu buat duit dengan blog, kita kena ambil langkah pertama dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan