Jumaat, 5 November 2010

Petua Elak Kecurian Di Rumah

Assalamualaikum w.b.t.Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang mara bahaya. Kita berasa rumah kita sudah cukup selamat, namun kita tidak sedar bahawa risiko kejadian jenayah juga banyak berlaku di dalam rumah.
Berikut adalah tip @ petua bagi menghalang kecurian ataupun kejadian jenayah dari berlaku di -dalam rumah anda seperti disarankan oleh PDRM.

1. Elakkkan anak anda tidur di ruang tamu rumah berseorangan . Penjenayah mungkin menggunakan anak anda sebagai tebusan.

2. Segala peralatan tajam seperti pisau sebaiknya disorokkan atau disimpan dalam laci  berkunci. Kebanyakkan kes kecurian didapati pisau dari rumah tersebut hilang kerana  penjenayah akan mencari pisau terlebih dahulu untuk melindungi dirimeraka sebelum  menyamun.

3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah terbuka pada 12 malam keatas,  jangan keluar untuk menutup paip tersebut kerana ini merupakan taktik penjenayah dimana  mereka menunggu di luar pintu rumah untuk masuk ke dalam rumah.

 4. Beritahu anak jika ingin ke tandas di tengah malam, kejutkan dahulu ibu bapa bersama mereka.

5. Elakkan menyimpan barang berharga seperti emas dan wang didalam almari baju.

6. Bawa alarm kereta semasa tidur. Kalau terjaga tengah malam dan anda berasa curiga, on dan offkan alarm untuk menakutkan pencuri dan menandakan anda sentiasa peka dengan persekitaran rumah anda.

7. Tekan alarm kereta jika anda syak pencuri sudah masuk ke dalam rumah anda.

8. Jika anda melihat orang yang mencurigakan di kawasan rumah anda, cuba dapatkan nombor plat kereta mereka .

9.  Pesan pada jiran tetangga, jika ada sesiapa yang datang ke rumah sewaktu ketiadaan anda  dan mengaku dia saudara anda dengan mahu mengambil sesuatu, jangan benarkan . Beri nombor telefon anda  kepada jiran agak mereka    boleh memeriksa  dengan anda apakah benar atau tidak identiti orang tersebut.

10.  Semasa tidur , pastikan telefon bimbit, rumah atau cordless phone  berada disisi anda . Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya terasa kehadiran pencuri didalam rumah anda.   

11.  Pastikan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis ,bomba dan sebagainya disimpan didalam telefon anda . Pastikan seluruh keluarga hafal nombor tersebut. 

12. Jika mampu , pasang alat pengesan  kecurian dirumah atau alarm automatik .

13. Jangan biarkan sekeliling rumah anda gelap gelita .Sekurang-kurangnya  ada lampu kecil  atau lampu porch di hadapan atau belakang rumah sama ada ketika  anda berada dirumah  mahupun sewaktu bercuti .

14.  Jika anda sekeluarga pergi bercuti untuk satu tempoh yang lama , pesan pada jiran untuk mengambil surat dalam peti surat anda. Peti surat yang penuh  membantu pencuri menghidu  ketidaan tuan rumah tersebut.

15.  Jika kawasan tempat tinggal anda kerap berlaku kecurian , buat permohonan  rasmi  dari   balai polis  berdekatan supaya anggota polis sering melakukan rondaan  dikawasan tersebut. 

16Pastikan kenderaan anda mempunyai kunci tambahan,  Contohnya kereta dipasang kunci stering dan kunci gear .Walaupun masih boleh dicuri , namun ia akan melambatkan tindakan pencuri dan memberi ruang waktu untuk anda bertindak .

17.  Jika mempunyai anak perempuan,ingatkan agak pintu bilik mereka dikunci dari dalam dan anda harus mempunyai kunci pendua jika berlaku sebarang kecemasan . Ini kerana ada penjenayah yang mengambil kesempatan seksual.

18.  Simpan kayu hoki atau besbol di bawah katil agak ia boleh digunakan untuk mempertahan -kan  diri dari penjenayah.

19.  Elakkan meletak kunci dibawah pasu , dalam peti surat , tepi tingkap  dan sebagainya bila keluar rumah . Ini taktik lama yang mudah dikesan oleh penjenayah. Sebaiknya tinggalkan pada jiran yang anda kenal dan boleh dipercayai.

20.  Kalau anda masuk ke rumah sewa baru, pastikan tukar segala kunci rumah tersebut kepada yang baru bagi mengelakkan mereka  yang pernah mempunyai kunci rumah asal tersebut dari memasuki rumah anda.

Semoga kita mendapat  sesuatu darinya, apa lagi yang kita tunggu dan lihat, bertindaklah segera sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.

1 ulasan:

  1. Tidakan kita yang lebih proaktif terhadap keselamatan keluarga dan harta kita akan dapat melindungi kita semua dari ankara manusia durjana itu.

    BalasPadam