
TUBAN,Indonesia -
 Penggalian makam untuk perluasan masjid yang berada di kawasan makan 
Syekh Asy'ari, Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Kabupaten, Tuban 
mengegerkan warganya. Kerana,
 dalam pengalian kawasan pemakanan itu ditemui adanya satu jenazah yang 
digali masih dalam keadaan baik @ utuh, Sabtu (17/08/2013).
 Jenazah itu masih dalam berkeadaan baik walaupun telah dikebumikan selama 19 tahun itu adalah 
almarhumah Siti Masrinah, yang meninggal pada tahun 1994, dengan usianya ketika itu 84 tahun.  Almarhuman
 Masrinah merupakan warga Desa Penambangan, Kecamatan Semanding, yang 
dikuburkan di kawasan makam Syekh Asy'ari atau yang dikenal dengan Sunan
 Bejagung.

Pada
 saat menggali makam Siti Masrimah itu, Munasir, penggali makam merasa terkejut kerana papan penutup jenazah masih keadaan utuh.
Meskipun
 mengetahui papan penutup jenazah masih utuh, Munasir bersama dengan 
tiga orang lagi penggali kubur di tempat tersebut tetap meneruskan 
pengaliannya.  Sehingga mengetahui bahawa keadaan kain kafan jenazan Siti Masrimah tidak mengalami kerosakan sama sekali.
  "Tidak
 seperti jenazah yang lain, saat digali papannya masih utuh. Setelah 
saya lihat ternyata jenazahnya juga masih utuh bersama dengan kain 
kafannya," ujar Munasir (50), ketua penggali kubur di makam Desa 
Bejagung, Kecamatan Semanding, Tuban.

Keluarga almarhumah  Hajah Siti Masrinah, pun mula bercerita.  Mereka menyatakan kebiasaan almarhumah semasa hidupnya.  Salah satunya adalah almarhum gemar membaca Al-quran dan berzikir kepada Allah.
  "Waktu
 itu cahaya lampu tidak seperti sekarang, Ibu malam-malam suka baca Al- 
quran menggunakan  lampu suluh," kata Kusnan Hariyadi (61), menantu almarhumah.
  Kusnan,
 yang merupakan suami dari anak ke 5 almarhumah, iaitu Siti Sumini, 
menambah, selain gemar membaca Al-Quran, almarhum juga gemar berzikir
 dan membaca selawat keatas Nabi s.a.w.  Disamping tidak pernah tidak hadir untuk melakukan solat malam.
  "Suka solat malam juga," katanya, menerangkan.
  Siti Sumini sendiri mengatakan, ibunya waktu hidup gemar sekali melakukan infaq mahupun sedekah.  Bahkan beberapa kali ibunya ditipu oleh orang yang  bekerja di atas tanah miliknya... , tapi ia sentiasa mengikhlaskannya.
  "Ibu
 suka bersedekah masa hidupnya," kata Siti Sumini, saat berada di kompleks 
Makam Sunan Bejagung Lor, Desa Bejagung, Kecamatan Semanding, Kabupaten 
Tuban.

Cerita lain, semasa hidup almarhumah  terkenal sebagai orang yang pandai bergaul.  Bahkan beberapa orang pada masa itu dianggap sebagai sampah masyarakat pun menghormati beliau.  Bahkan selalu menurut apabila di nasihati oleh almarhumah .
  "Orang yang katanya tidak benar sama ibu dulu juga taat," tambahnya. 
  Ketua Takmir Masjid, Ahmad Sholikin, juga mengatakan hal yang sama. 
Masa itu ada 17 makam terpaksa dipindahkan dalam rangka perluasan Masjid Bejagung Lor.  Pembongkaran
 dibagikan dalam dua tahap, pada Ahad lalu, pihaknya membongkar sembilan 
makam, dan selebihnya akan berlangsung hari ini.
  "Di
 hari pertama itulah, ada satu jasad wanita yang sudah meninggal 19 
tahun tapi masih utuh dan mengeluarkan bau yang harum," ujar Ahmad. 
Disunting dari: voa-islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan