
Barli atau nama botaninya Hordeum 
Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah 
kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan 
paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh 
dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan 
bahan pembinaaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai 
makanan haiwan ternakan.
Pokok barli tergolong dalam keluarga 
Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di 
Negara-negara barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi 
pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan 
sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta 
vitamin dan galian.
Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu
 mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua 
jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. 
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan 
bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam 
darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi 
memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Beta-glucan adalah bahan utama dalam 
serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada 
variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli 
lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan 
bartanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah 
di kalangan pesakit diabetes tahap 2. 
Tokotrienol dan tokoferol (tokol) 
merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. 
Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan 
risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.
Barli juga merupakan sumber baik bagi 
vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan 
galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di 
England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan 
merupakan sumber terbaik kromium. 
Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap
 gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah 
yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia 
(gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
Tunas bijirin barli bertindak sebagai 
pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak 
sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli 
boleh digunakan untuk merawat dyspepsia serta muntah dan kekembungan 
akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijirin barli ini tidak 
diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan 
pengaliran susu.
Bijirin barli pula bertindak sebagai 
penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan 
berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji 
barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat 
terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam 
menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera 
makan. 
Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai 
penyejuk badan.
Selain bijirin barli, daun pokok barli 
yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat.
 Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia 
mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yagn 
diperlukan oleh manusia.
Malah dikatakan jus barli hijau 
mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali besi 
dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 
100 gm barli.
Bagi penyakit serius seperti arthritis 
dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau 
yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas 
makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu 
membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik.
Cara ini dapat membiarkan enzim diambil 
secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia 
digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan 
daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol 
dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan 
penghasilan kerosakkan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan