 
 
Keperluan tubuh kita akan pengambilan makanan dan minuman itu berbeza antara makan sahur dan berbuka puasa. Dimasa sahur, lengkapnya menu makanan (4 sihat 5 sempurna) lebih penting daripada mengenyangkan perut. Semasa berbuka puasa, makan sedikit demi sedikit lebih bagus daripada makan banyak sekaligus.  Kalau untuk sahur sebaiknya minum air putih, maka sewaktu berbuka sebaiknya minum yang manis!  Inilah diantara perbezaan menu sihat antara sahur dan berbuka puasa. 
 Kebanyakan
 orang mempunyai kecenderungan makan berlebihan di bulan puasa, apalagi 
hidangan di bulan Ramdhan biasanya dibuat lengkap dan istimewa.  Padahal,
 hidangan yang nikmat saja tanpa memenuhi gaya makan yang sihat dan 
prinsip gizi seimbang boleh membuat puasa menjadi kucar- kacir . 
 Selain
 mudah mengantuk dan badan menjadi lemah, menu berbuka dan sahur yang 
kurang sihat juga boleh membuat kadar kolesterol melonjak.  Untuk
 menjaga agar tubuh tetap fit dan berstamina selama menjalani puasa, 
semak tip menu berbuka dan sahur dari dr.Phaidon L.Toruan, sport 
nutritionist yang berikut: 
Diketika Makan Sahur: 
 - Utamakan air, vitamin, dan elektrolit.  Ertinya, minum air putih@ air kosong dan buah-buahan, atau jus buah tanpa gula.  Air kelapa juga boleh.  Caranya
 minum air kelapa dulu, dan kerana sifat elektrolit di air kelapa, maka 
kita akan masih merasa haus baru diteruskan dengan minum air putih.  Ketika tidur tubuh kita kehilangan berat 1-2 kg, dan itu adalah air.  Jadi memulakan puasa dengan pemulihan cecair adalah langkah yang baik. 
 
 -
 Pilih menu utama yang terdiri dari karbohidrat kompleks seperti nasi 
merah@beras p'erang, ubi, spageti, atau bubur kacang hijau dengan gula .  Jenis karbohidrat ini lebih "tahan lama" dalam membuat gula dalam darah stabil, sehingga mood menjadi relatif lebih baik. 
 
 - Jangan lupakan serat, baik dari sayur atau buah.  Selain membersihkan usus, serat adalah "penyapu semulajadi" yang membantu membersihkan sisa daging diantara-usus. 
 
 - Pilih lemak sihat atau minyak yang tidak digoreng, seperti zaitun, minyak kelapa atau flaxseed oil.  Misalnya dalam bentuk sambal.  Lemak membuat pergerakan makanan di perut menjadi lambat, sehingga lebih tahan lapar.  Akan
 tetapi kalau digunakan minyak yg telah digoreng, baik dari makanan yg telah siap yang 
dibeli semalam , atau diggoreng segera, maka kita 
memasukkan radikal bebas ke dalam tubuh kita.  Akibatnya manfaat puasa secara fisiologi akan berkurangan. 
Ketika Berbuka Puasa: 
 - Minum yang air yang manis semulajadi tanpa gula.  Air kelapa, jus buah melon atau tembikai dan buah-buahan lain.  Elakkan
 gula pasir kerana akan menyebabkan kesan yoyo pada timbangan 
di hari Raya nanti, dan memberi kesan kesihatan yang kurang baik.
  
 - Karbohidrat kompleks akan lebih baik bercampur dengan makanan yang tidak digoreng.  Nasi putih, dan makanan bergoreng akan membuatkan anda mengantuk semasa tarawih. Mengoreng mengikat oksigen dalam darah hingga 20%.
  
 - Pasca buka puasa,  mengambil lebih banyak air putih.  Usahakan minum air kosong dari masa berbuka puasa hingga sebelum masuk tidur,paling  minima  minum  1 liter air. 
 
 Contoh menu bersahur yang sihat 
 - Nasi Beras P'erang dengan soto ayam, sambal minyak zaitun dan buah pisang. 
 - Bubur kacang hijau dengan gula dan telur setengah masak dengan 3 putih telur dan 1 kuning telur dan Buah jeruk 
 - Bubur oatmeal dengan telur rebus dan hirisan buah tomato . 
 - Sandwich, roti gandum dengan butter atau mentega kacang.  Telur setengah masak 3 putih dan 1 kuning dan   Buah betik. 
 
 Contoh menu berbuka puasa 
 - Nasi beras perang dengan sate ayam, buah pisang 
 - Nasi beras perang dengan soto ayam, buah limau 
 - Spaghetti dengan sos tuna dan salad buah. 
Disunting dari: lintasfrekuensi.
terima kasih kongsi info
BalasPadamterima kasih kongsi info
BalasPadam