 Oleh: Prof Muhd Kamil Ibrahim
 Oleh: Prof Muhd Kamil Ibrahim Ada dua tips yang menjadi kesukaan saya apabila dikaitkan dengan   ibadat haji.
 Pertama tentang "jangan ubah waktu tidur. Tidurlah waktu   Malaysia kerana Mekah atau Madinah lewat 5 jam daripada Malaysia". 
Waktu bangun malam di sana bersamaan waktu jaga atau bekerja di Malaysia.
 Waktu bangun malam di sana bersamaan waktu jaga atau bekerja di Malaysia.
Kedua, tips tentang kekuasaan dan kehebatan Allah.
Kenapa?
    Bila saya usulkan supaya kita membayangkan apakah wajah dan tingkah   laku kita apabila pulang daripada menunaikan fardhu haji yang boleh   dikaitkan dengan haji mabrur, ia menerima pelbagai respons.
 Ketika saya nyatakan, kita bayangkan solat berjemaah di masjid,   membaca al-quran setiap hari, puasa sunat Isnin dan Khamis, menjaga hati   dan bangun malam terdapat mereka yang mula memikirkan kesukaran betapa   ia tidak boleh dilakukan.
 Sekadar contoh, apabila disebut solat berjemaah lima waktu, isu yang   selalu disebut ialah, suasana kerja yang tidak membantu untuk   melaksanakan keinginan tersebut. Ada yang berfikir "tidak boleh, tidak   boleh, tidak boleh" atau "sukar, sukar, sukar".
 Dalam konteks yang lain, seorang pramugari yang ingin melaksanakan fardhu haji, siang-siang lagi sudah memberitahu,
 "Prof, saya tidak fikir yang saya boleh menutup aurat apabila pulang   daripada menunaikan fardhu haji. Kerja saya tidak membenarkan saya   memakai tudung"
 Lalu saya bertanya kembali, "puan benar-benar mahu menutup aurat? Benar-benarkah puan?"
 Apakah yang sebenarnya berlaku apabila kita memikirkan yang kita akan   gagal melakukan suatu kebaikan? Hakikatnya, kita menggunakan akal   fikiran yang terbatas. Kudrat dan kuasa Allah tidak begitu. Kehebatan   Allah tidak sampai dek akal fikiran manusia.
 Maka saya tumpukan kuliah di Masjid Bandar Baru UDA – siri kedua –   bagi menerangkan tentang tips yang menjurus kepada pembentukan akidah   dan tauhid manusia, iatu kepercayaan yang sungguh-sungguh Allah itu Maha   Berkuasa, Allah itu mampu memberi yang terbaik kepada hambaNya,  sesuatu  yang tidak terjangkau dek akal manusia.
 Ibadat haji memberi peluang untuk kita memikirkan soal ini dengan cara yang bersungguh-sungguh.
 Apalah sangatnya dengan niat dan keinginan untuk solat berjemaah dan   kemahuan untuk menutup aurat. Jika kita bersungguh dan mahu   melakukannya, InsyaAllah Dia akan memberi keizinan.
 Jadi tipsnya bagaimana?
 Mulai sekarang, ketika bangun bersolat malam, mohon, rayu dan rintih   kepadanya keinginan yang telah kita gambarkan. "Ya Allah aku ingin   bersolat malam ya Allah, aku ingin menutup aurat ya Allah, aku ingin   sentiasa solat berjemaah di masjid ya Allah. Namun aku manusia yang   lemah ya Allah, aku tidak upaya ya Allah, aku bergantung kepadaMu,   Kaulah yang Maha Berkuasa, ......... Kaulah satu-satunya penolong dan   pembantuku. Kau bantulah daku ya Allah, bantulah daku ya Allah"
 Sepanjang di Mekah dan Madinah, teruskan usaha-usaha meminta   pertolongannya. Kita benar-benar bersungguh dan ikhlas mahu melakukannya   semata-mata kertana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata  kerana  Allah. Allah sudah berjanji yang Dia akan membantu mereka yang   benar-benar mahu beramal ibadat keranaNya.
 Tips saya, "jangan berburuk sangka dengan Allah".
 Saya berdoa agar maksud sebenar "kekuasaan Allah" menyerap masuk ke   seluruh jiwa dan perasaan. Jika begitu, kita akan terus berdoa dan   berusaha meskipun ia mengambil masa yang panjang!
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan