
KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Perbuatan khurafat itu  didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff  Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada  waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian  itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk  yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di  bawah rumah ketika proses mandi mayat.
“Kata mereka, air mayat itu  boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV  dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah  itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.
“Jadi, sekiranya ia  digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh  mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan  jenazah Yayasan Islam Terengganu.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan