
Sekadar gambar hiasan
LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun. Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit. Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata:
“Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama  dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.
“Ketika   kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak   menunjukkan  perkembangan itu.  Ia memberi kesan besar terhadap   populasi,” katanya.
Tahun  lalu, satu  kajian yang dilakukan di   Australia mendapati tempoh sejam  yang dihabiskan untuk menonton   televisyen membawa kepada 8 peratus  peningkatan terhadap ancaman mati   awal.
“Kami menggunakan kajian  itu dan menterjemahkannya  kepada  kesan jangka hayat di Australia  berdasarkan berapa lama kita   menghabiskan masa  menonton televisyen.
Penduduk   Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton   televisyen. Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi   lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan