
Ada  seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir  bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak  percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
 

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
 
Murid-murid : Ada cikgu.
  
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
 
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
 
Guru tadika : Pen ada tak?
 
Murid-murid : Tak ada cikgu.
 
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
 
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
 
Guru tadika : Tuhan ada tak?
 
Murid-murid : Tak ada cikgu.

 Alahai..budak-budak ni semua senang aje aku main-mainkan..
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi  kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada  seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat  tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
 
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
 
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
 
Murid-murid : Nampak.
 
Amin : Cikgu ada kan?
 
Murid-murid : Ada.
 
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
 
Murid-murid : Tak nampak.
 
Amin: Cikgu ada otak tak?
 
Murid-murid : Tak ada.
Guru : Siol betul..tekena aku! Anak lebai mana lah ni..bengang dan malu aku.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan