 
  Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah  s.a.w yang memiliki keutamaan dalam hal hidup kesederhanaan dan ketaqwaan  kepada Allah SWT. Beliau berasal dari negeri Parsi. 
 Pernah di masa  hidupnya, Salman telah diberi jabatan sebagai Gabenor daerah  kelahirannya. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah  keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap  kemewahan dunia. 
 Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa  mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya  melakukan suatu kerja yang berat. 
 Orang itu menjumpai Salman ketika  berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh  Salman memikulnya sampai ke rumah.
 Tanpa banyak tanya sahabat Nabi yang mulia ini terus memikulnya. Di  pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya.  Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. 
 Lalu berkata: “Wahai  tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah  Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.” 
 Terkejut lelaki itu  mendengarnya, ternyata orang yang dikasarinya itu adalah Gubenurnya  sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung  yang sedang dipikulnya itu. 
 Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa  tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan”. 
 Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang  sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darajat dan kedudukan./Tulahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan