ILUSI fotografi horsemaning menunjukkan seorang lelaki dan kepalanya sedang duduk di sofa. 
NEW YORK, Amerika Syarikat AS – Selepas  seni meniarap seperti papan,  planking, popular di internet, alam siber  itu kini hangat dengan trend  fotografi terbaharu dinamakan horsemaning,  lapor sebuah akhbar semalam.
Konsep fotografi itu menyerupai  gambar bersejarah pada tahun 1920-an  apabila beberapa individu menyamar  seperti kepala mereka telah  dipenggal. Kini, orang ramai  berlumba-lumba menyiarkan gambar mereka melakukan aksi serupa di  Internet dengan menggunakan pelbagai latar.
Antara aksi yang  cukup popular ialah seorang lelaki sedang bersandar di sofa sambil  tangannya diletakkan di atas kepala yang berada di sebelahnya. Ilusi itu  dihasilkan dengan individu tersebut menyembunyikan seluruh badan  daripada kamera kecuali mukanya. – Agensi 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan