
Assalamualaikum, untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Rokok?  Perkataan yang menjadi kegemaran dan menjadi musuh pada sebilangan  manusia. Ada juga manusia suka bersahabat dengannya, bagai aur dengan  tebing...begitulah sukar untuk memisahkan pasangan insan dengan sang  kekasihnya, si rokok durjana. Insan punya akal menimbang yang baik dan  buruk, jauh sekali haiwan yang tidak punya akal untuk menilai  sesuatu...jangan biar diri dipergunakan angkara makhluk yang  berbatang-batang itu.
Ramadhan  mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk kemungkaran,  harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Jika  kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan, bermakna kita juga  mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain. Semua pada diri...jika  berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti semua sudah sedia  maklum merokok adalah haram. Tetapi kesedaran belum terbit dari  hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.
Justeru,  saranan akhir berhentilah membunuh diri anda dan berhentilah daripada  membakar wang sesuka hati sekalipun anda seorang jutawan blog...simpan  duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedakah jariah =)
PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok. Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan 'Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok'.(sumber)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan