 
 SHAH ALAM 15 Ogos 11: “Mengapa banyak birokrasi untuk fakir miskin? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, ada pengalaman mereka sendiri."
Tanya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar)  berkata,  ramai berurusan dengan badan mengurus zakat namun terpaksa  melui  pelbagai prosedur bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM100 ke  RM200. 
“Pejabat zakat mewah, gaji pegawai tinggi dan peralatan urusan  juga  canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari   pembayar, tetapi tiada kesungguhan untuk mencari penerima?,” katanya,  yang jug mencadangkan supaya mekanisme pengagihan zakat di negara perlu   dikaji untuk dinikmati  golongan sasar dengan mudah tanpa melalui   sebarang karenah birokrasi. 
Beliau berkata timbul persoalan ke mana perginya wang zakat dan   apakah dengan jumlah ratusan juta ringgit diumumkan saban tahun tidak   mampu membantu fakir miskin. 
“Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan manusia dengan Islam.   Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf,” katanya ketika mengulas   pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist   Damansara Utama. 
Beliau berkata, tidak haram untuk seseorang Muslim menerima  bantuan  daripada bukan Muslim apatah lagi jika mereka dalam kesusahan. 
“Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan,   sebaliknya pihak yang sepatut memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak   melakukannya itulah yang patut disalahkan. 
Menurutnya, mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja itu,   sesuatu tidak pelik, namun bagaimana negara Islam, umat kita boleh   menukar agama disebabkan layanan tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim. 
“Sebab utama perkara ini berlaku, adalah perbezaan pentadbiran   setiap negeri dan tidak memperbaiki kelemahan untuk mengagihkan wang. 
“Pejabat zakat misalnya, menunggu orang mencari mereka sedangkan   pendakwah Kristian mencari orang susah selain memberi kasih sayang dan   di sinilah kita tewas,” katanya.(SH) 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan