
Apabila anda di tahan dan mahu dibawa kebalai polis,apa yang anda mesti lakukan ketika itu?
PERTAMA-  Hak untuk diberitahu sebab di tangkap.Orang yang ditangkap itu adahak  asa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk di beritahu secepat yang  boleh dalm bahasa yang biasa sebab musabab di tangkap.Kecualilah jika  dia dapat di  simpulkan daripada hal keadaan sekeliling atau jika dia menyukarkan  pihak polis yang membuat tangkapan untuk menjelaskannya.Contohnya Ali di  tangkap sedang menghisap dadah.Jadi hal disekelilingnya telah menyimpulkan sebab  dia di tangkap. Di bawah Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah yang  baru,orang yang di tangkap tanpa waran hendaklah di beritahu seberapa  kadar segera yng boleh mengenai alasan dia di tangkap oleh pegawai yng  menangkap
KEDUA-Hak  untuk menghubungi peguam.Perlembagaan Persekutuan juga memberikan orang  yang di tangkap hak untuk berunding dan dibela oleh seorang peguam  pilihannya sendiri.Tetapi hak untuk menghubungi peguamini boleh di  nafikan jika polis berpendapat bahawa dengan membenarkan orang yang di  tangkap menghubungi peguam sebelum penyiasatan selesai dijalankan akan;
- mengganggu keterangan
- menyedarkan orang yang di syaki yang belum di tangkap
- menghalang usaha mendapatkan kembali harta curi
Bagaimanapun,selesai  saja penyiasatan,orang yang di tahan itu mesti dibenarkan untuk  berunding dengan peguamnya dalam tempoh masa yang munasabah . Hak orang  yang di tangkap tanpa waran kini lebih terjamin apabila pegawai polis  yang membuat tangkapan mesti memberitahu bahawa hak untuk menghubungi  peguam ini wujud sebelum memulakan siasatan,.Atau .mencatakan apa -apa  penyataandaripadabahawa dia boleh berhubung dan berunding dengan seorang  pengamal undang-undang pilihannya sendiri.
Sekiranya permohonan tersebut untuk mendapatkan peguam telah dibuat suspek,pegawai polis hendaklah membenarkan satu tempoh masa yang munasabah bagi peguam tersebut untuk datang dan berunding dengan suspek di tempat tahanannya.
Segalanya kemudahan yang berpatutan untuk urusan komunikasi dan rundingan hendahklah disediakan secara percuma.Bagaimanapun,kebenaran untuk berjumpa dengan peguam boleh dinafikan jika ada sebab untuk mempercayai:
a.dengan membenarkan orang yang ditangkap berjumpa peguamnya akan mengakibatkan: 
i.rakan subahat orang yang ditangkap itu mengambil langkah untuk mengelak tangkapan atau;
ii.penyembunyian,  permalsuan atau permusuhan keterangan atau boleh menakutkan saksi .
b.demi  keselamatan orang lain, langkah menyoal dan mencatatkan apa-apa  kenyataan itu adalah terlalu penting sehingga ia tidak boleh  ditangguhkan lagi .
 KETIGA - suspek mempunyai hak ini sebelum polis mula menyoal untuk memberitahu mereka bahawa:
- dia telah ditangkap
- masa,tempat, dan sebab di tangkap
- pengenalan pegawai polis yang menangkapnya
walaupun begitu,seekali lagi hak ini boleh dinafikan jika ada sebab-sebab di atas.
KEEMPAT-Hak  untuk berdiam diri.Jika anda ditahan dan polis mahu anda menjawab  soalan ,jika anda rasa jawapan anda itu menjerat diri anda sendiri dan  soalan itu mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan anda pada tuduhan  jenayah,penalti,atau pelucut hak,jadi anda berhak untuk berdiam  diri.Sekalipun percakapan atau soalan itu di bawah Seksyen 112 Kanun  Acara Jenayah.
Sumber : Borakkosong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan