PETALING  JAYA: Niat seorang jurugambar membantu seorang lelaki dalam kesusahan  bertukar tragedi apabila dia dipukul, ditendang dan disamun menyebabkan  kerugian kira-kira RM5,000 dalam kejadian di Taman Perumahan Desa Temuan  Damansara Perdana, di sini, semalam.
Kejadian  kira-kira jam 2 pagi itu, bermula apabila mangsa berusia 30 tahun mahu  membantu lelaki itu yang berdiri seorang diri di tepi jalan di susur  keluar Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Sumber  polis berkata, sebaik muka ditumbuk, suspek mengeluarkan pemutar skru  dan membuka pintu kereta lalu mengarahkan mangsa memandu kenderaannya.
Sumber  berkata, selepas puas berpusing, suspek mengarahkan mangsa  memberhentikan kereta sebelum menariknya keluar dan membelasahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan