Di antara gambar yang terselit di dalam album Judas
Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot)  telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus  Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan  khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa  Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.
Kisah  pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat  Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping  perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada ketua-ketua imam Yahudi.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper).  Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth,  bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani,  Baitumuqaddis.
Gambaran Last Supper oleh pelukis Kristian (Judas di kanan hadapan)
Tidak  beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas  Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman,  Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa  dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu  Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai  Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).
Sejurus  selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan  raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat  Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal  itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera  Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam  kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan  tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun  yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.
Selepas  kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan,  namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang  dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota  kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas  disalibkan.
Gambar Hiasan
Pada  hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum  Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah  dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli  Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”.  Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati  tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang  mengkhianat RasulNya.
Al-Quran  ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa tidaklah  dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib  adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti  Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan  adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi  nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)
“dan  kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa  putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak  (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang  diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang  berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam  keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan  tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka,  mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa”. 
(An Nisaa’ : 157)
Imbas Klip Video Judas
Ohohohoh
I'm in love with Judas
Ohohohoh
I'm in love with Judas
Judas! Judaas Judas! Judaas
Judas! Judaas Judas! GAGA
Begitulah  permulaan lirik lagu Lady Gaga ini yang jelas memihak kepada Judas.  Klip video ini bermula dengan mempertontonkan Gaga sedang menaiki  motosikal bersama dengan Jesus sambil menjerit-jerit nama Judas di  telinga Jesus. Ini menunjukkan Gaga berpura-pura bersama Jesus, padahal  hatinya bersama dengan Judas.
Gaga membonceng motosikal bersama Jesus
Simbol mata Horus yang melambangkan tuhan Illuminati dipaparkan di dalam klip ini.
Ketika  Gaga menyanyikan "I'm in love with Judas", salah seorang penari memakai  baju bintang terbalik dikelilingi bahasa Hebrew. Simbol ini adalah  lambang Baphomet yang menjadi lambang kepada Church Of Satan
Gaga  tidak mudah untuk menjatuhkan Jesus. Tetapi Gaga adalah orang penting  dalam komplot ini. Klip ini menunjukkan Gaga menutup mata kanannya, ini  adalah simbolik kepada agenda Illuminati iaitu menjatuhkan semua agama  di dunia ini.
Gambar  album ni menunjukkan lambang salib terbalik (Antichrist). Ini  menunjukkan mereka sangat anti terhadap Kristian. Amat pelik bukan?  Majoriti penduduk US adalah Kristian. Ini disebabkan warga US sudah lama  menolak kepercayaan mereka, jadi tidak hairanlah Lady Gaga lahir di  negara mereka. Agenda illuminati untuk memisahkan agama dari kehidupan  hampir mencapai matlamatnya. Mahukah kita umat Islam menjadi seperti  ini?
Ramai  remaja yang terpengaruh dan menjadikan Lady Gaga sebagai Idola.  Kemasukan unsur-unsur ini semacam tiada sekatan atau mungkin ada sedikit  sekatan yang tidak serius dilaksanakan. Dari segi lirik dan klip  videonya jelas tidak membawa sebarang erti dalam memimpin kehidupan,  apatah lagi untuk memartabatkan agama Islam. Baru-baru ini (3 Julai  2011) telah diadakan hari Lady Gaga di Taiwan. Ini menyebabkan ramai  remaja yang menjadi 'gila'. lihat gambar di bawah.
Untuk  pengetahuan pembaca, ini bukanlah pertama kali Lady Gaga mengelurkan  lagu yang penuh kontroversi. setiap lagu mempunyai maksud yang  tersendiri dan membawa ajaran Kabbalah. Seperti lagu alejandro.  Lirik lagu alejandro menganggap tuhan sebagai penghalang untuk dia  bercinta. Ingat lah kawan-kawan, tiada Allah tiadalah segala percintaan.
Artikel yang membongkar lagu alejandro -- > Lady Gaga : Puppet Illuminati
Sanggupkan  anda membiarkan anak-anak dan kaum keluarga hanyut dengan lirik-lirik  lagu yang banyak memuji Dajjal ini? Ramai kanak-kanak yang tahu menyanyi  tanpa tahu apa maksudnya. Tetapi inilah yang mencorakkan kehidupan  anak-anak kita. Inilah permainan Licik Yahudi.
 (Sumber)  











Tiada ulasan:
Catat Ulasan