Kucing
 Kucing mempunyai selaput seperti  cermin  di belakang mata  yang membolehkannya memburu  didalam gelap  yang sangat pekat. Selaput ini di panggil  “tapetum  lucidum”.
 
 
 
 Selaput  ini memantulkan kembali cahaya setelah cahaya tersebut melalui retina  yang mana memberikan kesempatan lagi untuk mengambil photon cahaya semasa  cahaya melalui lagi untuk kedua kalinya. Ini memberikan penglihatan yang  sangat tajam bagi kucing.
 
 Burung
 Berbagai  jenis burung, khususnya yang suka bermigrasi, boleh memanfaatkan medan  magnetik bumi agar tetap pada garisan/arah yang tepat semasa penerbangan  yang jauh.
  
 Pengkaji masih bertanya-tanya bagaimana burung melakukannya, akan tetapi salah satu penyelidikan terbaru mengatakan bahawa mungkin mempunyai seumpama kemampuan yang membuat burung boleh “melihat” garis magnetik bumi sebagai sebuah pola warna atau cahaya yang melapiskan kemuculan di kawasan sekitarnya.
Drum Fish
 Beberapa  jenis ikan seperti ikan drum “mendengar” menggunakan “air bladders”. Ia  mengesan getaran suara dan menghubungkan getaran tersebut ke telinga  bahagian dalam melalui satu set tulang di tengah telinga yang disebut  “Weberian apparatus.”
 
 
 
 Sel-sel  rambut dalam telinga bahagian dalam bertindak balas terhadap getaran  tersebut dan menghantar informasi suara ke otak ikan drum.
 Tikus
 Kebanyakan  tikus penglihatannya tidaklah tajam, tapi tikus mengatasi kekurangan  tersebut dengan sesungut pada muncungnya. Tikus mempunyai rambut yang  panjang yang juga di sebut “vibrissae” seperti tongkat bagi orang yang  buta.
 
 
 
 Dengan  menggetarkan sesungut tikus pada benda di depannya tikus dan haiwan  pemotong lainnya mengambarkan bentuk dan keadaan di sekelilingnya.
 
 Ngengat
 Bagi  banyak ngengat, istilah “love is in the air” atau cinta itu di  awang-awang adalah sesuatu yang benar bukan hanya kata para pujangga.
  
 Serangga berbulu lembut ini boleh mengesan “isyarat cinta” yang disebut “pheromones” yang dipancarkan dari lawan jenis dari jarak hingga 7 mil atau kurang lebih 11 kilo meter. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa manusia boleh juga mengesan “pheromones”, tetapi masih memerlukan pembuktian.
Ular
 Ketika  seekor ular sedang berdesir atau menjulurkan lidah “bercabang”nya  mungkin kelihatan kurang sopan bagi manusia, akan tetapi sebenarnya itu ada  gunanya kerana ular tersebut sebenarnya sedang mencium atau merasakan  sekelilingnya. Seekor ular menggunakan lidahnya untuk mengumpulkan  partikel yang melayang di udara.
 
 
 
 Lidah  yang berlapis tersebut kemudian disentuh ke suatu lubang istimewa di  langit-langit mulutnya yang di sebut “organ Jacobson’s”. Disana  kemudian bau-bauan dari partikel yang di masukkan di proses dan  diterjemahkan ke dalam isyarat listrik yang dikirimkan ke otak ular  sehingga ular mampu mengetahui keadaan sekelilingnya.
 
 Burung penghisap madu
 Burung  kolibri yang biasa menghisap madu pada bunga sambil terbang mampu  menyesuaikan diri dengan panjang gelombang cahaya di luar daya lihat  manusia.
 
 
 
 Burung  yang nampak berwarna kuning bagi kita sering memancarkan atau bersinarr  dengan warna cahaya yang kita belum ada nama untuk warna tersebut,  yang hampir serupa kepada cahaya ultra violet.
 
Teleskop seperti teleskop Hubble membuat gambar dengan ultraviolet yang kemudian di beri warna oleh pengkaji sehingga kita boleh menikmati gambarnya.
 
 Teleskop seperti teleskop Hubble membuat gambar dengan ultraviolet yang kemudian di beri warna oleh pengkaji sehingga kita boleh menikmati gambarnya.
Boa
 Organ  sensitif terhadap suhu yang terletak diantara mata dan hidung  ular berbisa membuat ular boleh mengesan panas badan dari mangsanya.
 
 
 
 Organ   ini terletak pada setiap belah kepala ular, jadi haiwan ini boleh  mengamati dengan saksama kemudian melancarkan serangan yang mematikan  meskipun dalam keadaan gelap gelita.
 
 Hiu
 Jangan   pernah cuba bermain sembunyi-sembunyi dengan seekor hiu kerana  berkemungkinannya besar sekali anda akan kalah. Ikan hiu mempunyai  sel-sel  istimewa di dalam otaknya yang sangat sensitif erhadap medan listrik  yang terdapat pada tubuh makhluk lainnya.
 
 
 
 Kemampuan  seperti ini sangat hebat pada beberapa jenis hiu hingga boleh menemui ikan yang bersembunyi di bawah pasir dengan isyarat listrik  yang dipancarkan ke urat geraknya.
 
 Kelawar
 Kelawar  menghindari rintangan dengan memancarkan cuitan ultrasonik dan  menterjemahkan pantulan yang disebabkan gelombang ultrasonik setelah  memantul dari benda disekelilingnya. 
  
  Sonar biologi ini yang disebut  “echolocation” juga di pergunakan oleh ikan lumba-lumba untuk berenang  pada kedalaman laut yang gelap.zonapencarian
( sumber ) 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan