“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam. Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” - ujian makmal UKM
Pernah  rasa 'barbican' bersama seorang sahabat. Sekali itu saja. Tak sedap pun  ! Beza dengan RICH - non alcoholic malt, tapi wak lebih suka RICH  kerana minuman yang dikeluarkan oleh syarikat Al-Amoudi Beverage Ind.,  Mecca, Jeddah, Saudi Arabia kerana ia lebih lembut dan puas diminum.
 Ujian UKM sahkan Barbican bebas alkohol
KUALA  LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan  sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas  daripada elemen alkohol.
Pengarah  Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu  diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman  edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.
“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.
“Saya  harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu  bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di  sini semalam.
Media  sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua  selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan  bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh  pengguna beragama Islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan