Fakta seperti yang  tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains  kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia  mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1.  Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau  hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup  tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke  dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan  kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam  Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa  buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan  karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil  yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk  menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta  : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6.  Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin  Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.  Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi  berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?  Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur  cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan  aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh  meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti  suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang  dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit  osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air  sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam  botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya"  atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan  penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan  letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu,  silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para  pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin  lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan  gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh  dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi  tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.  Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak  terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum  tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan  menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,  F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke  membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk  meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam  candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun  coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba  rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam  mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu  hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,  kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka  minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein,  bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia,  negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para  peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga  perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah  pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk  bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat  Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca  Cola. Betul ker? Yang pernah pergi Mekah bleh confirm kot?
Jadi,  sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci  cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga  dan lain-lain lagi. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika  bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda  boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains  khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni  kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke  tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil  singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri ,  time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana  memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti  berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
Sumber: PPIM
P/s: Jika benorlah apa yang didakwa sungguh membahaya dan dapatlah kita berjimat.selian boleh diminum, ia juga pengganti kepada WD40.. jimat-jimat.
 
 
tajuk ada "kebaikan".. apa kebaikannya???
BalasPadam