Hari ini baru ku tahu ada hadith yang menyatakan cara mengubati demam. Walaupun telah mengetahui cara perubatan ini tapi tidak mengetahui ia terkandung dalam hadith. Ia masih diamalkan oleh sesetengah orang pada zaman ini walhal terdapat pelbagai perubatan canggih pada zaman serba teknologi.
  حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأَبْرِدُوهَا بِالْمَاءِ
yang bermaksud:
Malik  bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan  kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang  diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang  diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas  adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan  air.”                                                                       
(sahih al-Bukhari, no. 3023) 
Dalam  dunia  perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan  adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga  suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang  normal.
Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. 
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
“Janganlah  kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit  itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api  menghilangkan kotoran-kotoran besi”. 
(HR. Muslim no. 2575).
“Tidaklah  seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah  akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan  daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah  seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan,  gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah  akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. 
(HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah  menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan,  penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang  menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. 
(HR. Muslim no. 2573).
“Tidaklah  seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan  ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula  satu kesalahan darinya”. 
(HR. Muslim no. 2572).
Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
 (HR. Bukhari no. 5678).
Tapi  haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah  sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa  yang telah ditetapkan dalam Islam.
 Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”. 
(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).
Disebalik  derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia  dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang  diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang  diperolehinya itu. Ini  kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya  barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan  teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali  kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya. 
Sesungguhnya,  sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia  memerlukan  Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan  perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas  apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga  setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T. 
Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..
wallahua'lam... 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan