Jumaat, 29 Januari 2016

Apa Maksud Garisan Berwarna Di Ubat Gigi


APAKAH MAKNA WARNA DI BELAKANG UBAT GIGI | Pernahkah anda 
mengambil tahu apakah maksud garisan berwarna yang dilabel di belakang 
ubat gigi yang anda beli?

Anda pasti perasan terdapat perbezaan garisan warna pada produk ubat 
gigi yang berada di pasaran kini.
Anda tahu maknanya?
Hijau : Semulajadi
Biru : Semulajadi + ubatan
Merah : semulajadi + bahan kimia
Black : Pure bahan kimia
Ubat gigi dengan garisan berwarna apakah yang menjadi pilihan anda 
sekeluarga?

GIGI SIHAT SEPANJANG HAYAT.

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK YANG ANDA GUNA SETIAP HARI.

KONGSIKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA.

















Sumber: www.mazeermohamad.com

Khamis, 28 Januari 2016

Ubat Murah dan Senang untuk Kaligata Orang dan Penyakit Kulit Kucing


Kaligata

Tak lama dulu kebetulan terkena gatal-gatal kulit atau kaligata. Bintat-bintat satu badan. Terjadi waktu malam waktu sedang tidur. Tiba-tiba terjaga, rasa gatal amat sangat. Tergaru-garu akhirnya tak boleh tidur.  
Nak kata salah makan, tak juga. Makanan biasa yang dimakan. Mandi lah pagi2 buta dalam jam 3 pagi. Sabun dan sental sebab terlalu gatal.  Kemudian kurang sikit. Tapi bila tidur tetap tergaru2 sampai ke subuh. Memang azab.

Siangnya beli sebotol bedak antiseptik yang bekas merah tu. Lumur satu badan dengan bedak tu. Lama kelamaan tak gatal lagi. Malam sebelum tidur lumur lagi. Gatal kurang dan boleh tidur lena. Hari berikutnya tak gatal lagi.

Penyakit kulit kucing dan luka2 kecil

Kalau meow ada masaalah macam diatas, kulit macam melecet dan berair sebab bekas gatal digaru sampai hilang bulu, tabur bedak tersebut pada tempat sakit tu. Bila dah hilang bedak tabur lagi dan ratakan. Dalam 2 hari kering. Kurang seminggu sembuh. Lama kelamaan bulu tumbuh semula.

Bedak antiseptic


Tabur dan sapu rata

Senang kan. Ni kebetulan saja-saja test. Menjadi pulak. Simpan lah bedak serbaguna ni. Selain untuk kamu untuk meow dan lain2 haiwan kesayangan pun boleh.


Selasa, 26 Januari 2016

Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Bebanan Hutang?



Semua orang berhutang.

Tiada apa yang perlu dimalukan.
Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul.
Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang mengikut apa yang bank beritahu kita.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.
“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”
Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak menyelesaikan masalah. Duit tidak datang bergolek-golek selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang.

1. Hilangkan perasaan susah dan sedih

Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini.
Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini. Iyalah, hutang sudah keliling pinggang. Takkanlah nak berjoget seronok pula.
Justeru, kita kena akui kita ada situasi hutang.
Ya, kena akui.
Bukan berada dalam dalam penafian (mode of denial).
Jangan tangguh. Hadapi situasi tersebut.
Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesilapan kewangan kita dan hidup mesti terus.

2. Tanam sifat rajin

Selepas berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin.
Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.
Walaupun ulat bawah batu pun boleh hidup, tapi adakah kita mahu duduk bawah batu atau hidup dalam rumah yang besar?
Kena rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan.
Tiada alasan.

3. Kena jadi berani dan banyak bersedekah

Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani.
Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain.
Bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyakkan beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.
Ya, jangan jadi kedekut dan bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
Give first, earn later.

4. Bayar hutang dengan sistematik

Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain khususnya tekanan pihak yang bagi / pembiaya seperti bank datang menuntut hutang daripada kita dengan pelbagai cara dan kaedah.
Ya, hadapi mereka dan berbincang secara baik.
Ada jalan keluarnya.

Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.

Kredit:Suzardi Maulan

Isnin, 25 Januari 2016

Fenomena Kesanggupan Beratur Panjang di Malaysia


Di luar negara, fenomena beratur panjang, tidur dan menunggu seawal tengah pagi adalah perkara biasa terutama pada hari pertama gajet elektronik dan permainan video seperti iPhone, Xbox, Sony Playstation dan sebagainya dipasarkan. Tahukah anda, hanya di Malaysia, ramai orang sanggup tidur, beratur panjang di kaki lima dan menunggu dari tengah pagi semata2 untuk membeli tudung?




Tahu tak yang fesyen tudung bertingkat dan berlapis2 tu:
  1. Sangat hodoh di mata kebanyakan orang lelaki.
  2. Tak menutup aurat dengan sempurna pun.

Dan di luar sana lebih banyak pilihan tudung yang:
  1. Lebih cantik di mata kebanyakan orang lelaki.
  2. Menutup aurat dengan sempurna.
  3. Tidak perlu beratur dan tidur di kaki lima untuk membelinya.
  4. Jauh lebih murah.

So aku masih tak dapat hadam kenapa ada kaum hawa yang masih 
sanggup berhabis wang dan masa untuk membeli tudung seperti ini.

Btw berikut adalah fenomena kesanggupan orang2 Malaysia sanggup
 beratur panjang kat Malaysia ini selain daripada nak beli tudung:

1. Pasal sukan - nak beli tiket perlawanan akhir bola sepak.



2. Pasal hiburan - nak ambil tiket free Maharaja Lawak.



3. Pasal nak jadi artis - nak audition Akademi Fantasia.



4. Pasal duit - nak ambil baucer BR1M.(Sekarang sudah masuk akaun bank masing-masing)



5. Pasal benda percuma - ais krim Baskin Robbins percuma.



6. Pasal patung kartun - patung permainan Minion kat McDonalds.



7. Pasal politik - nak mengundi dalam pilihanraya.



Kepada siapa2 yang sanggup menghabiskan masa, duit dan tenaga untuk 
beratur semata2 kerana minat dan taksub terhadap sesuatu, ikut koranglah itu hak korang. Bukannya ada sesiapa paksa korang ada kat situ, dan bukannya korang menyusahkan orang lain, kan?

Ya memang tak apa, cuma... nampak macam... kesian... kecuali beratur 
sebab mengundi pilihanraya, sebab itu memang kewajipan kita sebagai 
seorang rakyat Malaysia.

ada satu lagi yg patut jadi budaya kita ,tak mampu pergi masjid boleh buat 
kat rumah secara berjamaah..

Kredit: Prince of Noob

Kisah Saidina Umar Dengan Fakir Miskin

Umar Al-Khattab Merayu Pada Wanita Miskin Agar Jangan Dirinya Didakwa Di Akhirat Kelak~

Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin negara) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan.Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?

Saidina Umar r.a seorang yang bekerja keras dan teliti kerana beliau seorang hamba Allah yang sejati.Seorang khalifah (pemimpin negara) mestilah mengambil berat tentang umat Islam di dalam negaranya, seperti seorang ayah yang mengambil berat tentang anak-anaknya.

Saidina Umar r.a. cuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.Di waktu siang pula beliau biasanya bekerja di rumah.Di waktu malam pula beliau sering keluar melakukan rondaan ke bandar Madinah dan kawasan persekitaran untuk melakukan siasatan sendiri

Beliau ingin mengetahui keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kerajaan pimpinannya serta membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.Pada suatu malam, Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.

Tiba di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk....

Wanita itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat lapar.Sadina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala api di bawahnya.

Fikirnya tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis.Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”

Saidina Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali...walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa yang agak lama.....

Sadina Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan. Akhirnya beliau menjadi hairan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit rasa tidak puas hati kepada Pemimpin Negara (Umar r.a) kerana tidak membantunya.

Saidina Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,...Beliau memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu....

Lalu dia bertanya kepada ibu tua itu, “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”

Dia memberitahu Saidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar.

“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar r.a. bertanya

'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Saidina Umar r.a.lagi

Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya.Wanita itu menghampiri Saidina Umar r.a dan berbisik ke telinganya,

"Jangan beritahu mereka yang tidak ada makanan pun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya.

“Sebenarnya tidak ada makanan di dalam periuk itu....Periuk itu hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak saya....tetapi anak-anak saya fikir tentu ada makanan di dalam periuk.Mereka sekarang kelaparan tetapi saya terus menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur.Kemudian mereka akan terlupa rasa lapar.Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan...dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur....

ulangi ibu tua itu sekali lagi. Hanya dengan merebus batu dalam air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.

Setelah anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Saidina Umar r.a yang suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.

Malangnya orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu akan kesusahan yang ditanggung oleh wanita itu. Jika mereka tahu, tentunya mereka akan menolong.

“Apakah ibu sering berbuat begini ?” Tanya Umar ingin tahu.

“ Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.

Kemudian,Saidina Umar r.a, yang merasa kasihan dengan wanita miskin itu berkata: "Kenapa ibu tidak adukan perkara ini kepada khalifah? Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Umar...

"Aku seorang perempuan" jawab wanita itu.

“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi

Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi,

“ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.

“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata,..... terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...”

Umar langsung menangis teresak esak mendengar keluhan wanita tersebut sehingga airmata beliau membasahi jubahnya

Selesai mendengar cerita sedih wanita tersebuat, beliau terus bingkas bangun keluar daripada rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.

Sebaik sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu.

"Biar aku sendiri yang membawa karung ini." kata Saidina Umar r.a.

"Adakah engkau sanggup memikul dosa2 ku di akhirat kelak?"

"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."sambungnya lagi.

Khalifah memikul karung yang sarat berisi makanan itu ke rumah wanita tersebut. Bila beliau sampai, beliau sendiri yang memasakkan makanan untuk anak-anak itu dan malah beliaulah yang memberi mereka makan. Ibu tua tersebut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Saidina Umar r.a.

Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya,

"Engkaulah yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a.. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah (pemimpin negara)."

Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.

Keesokannya Saidina Umar telah memanggil Ibu tua itu untuk datang menghadapnya... Alangkah terkejutnya Ibu tua itu apabila melihat Khalifah zalim yang disangkakan-nya itu adalah sebenarnya Lelaki yang datang membantunya pada malam tadi.....

"Puan", kata khalifah, "Akulah Umar .

Adalah kesalahan aku kerana tidak mengetahui kesusahan engkau. Tetapi sekarang anak-anakmu telahpun makan dan dapat tidur dengan sukacita. Aku juga telah mengatur mulai hari ini, Baitul Mal akan memberi sumbangan kepada engkau supaya engkau dapat menyara mereka secara sempurna sehinggalah mereka dewasa."

Khalifah Umar telah menghadiahkannya wang serta segala keperluan hidup, dan merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak

Masya Allah...!!

Sampai macam itu sekali tawadhu' dan takutnya Umar pada kemurkaan Allah S.w.t. Ini lah sebenarnya yang dikatakan Amirul mukminin, iaitu "pemimpin kepada orang-orang mukmin".

Ini lah contoh tauladan yang sebaiknya dicontohi.

Sedangkan Umar r.a telah dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad S.a.w, tetapi beliau masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinannya, apatah lagi kita yang langsung tidak dijanjikan syurga lagi ini.

Bayangkan kita sekarang jika menjadi pemimpin negara, adakah kita masih boleh hidup mewah dan bersuka-ria sedangkan ada rakyat yang hidup miskin dan dalam kesusahan?

Disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi ramai lagi yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Sahabat yang dikasihi...........

Begitulah ciri-ciri pemimpin yang adil dan bertanggungjawab yang sentiasa prihatin di atas kesusahan rakyat jelata yang memerlukan bantuan daripada Baitul Mal.

Adakah pemimpin kita pada masa ini memiliki sifat amanah dan prihatian seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a?

Adakah pemimpin yang telah terpilih dan berkuasa dalam masyarakat sentiasa istiqamah dengan ajaran Islam atau bersikap pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa yang ada?

Sama-samalah kita fikirkan dan buatlah pilihan yang betul apabila kalian berpeluang untuk memilih mereka..... 

Ruang Bersolat Di Atas Kapal Terbang Arab Saudi Dan Iran


Rukun Islam


Solat ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut 
waktu. 
Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk mengambil 
wuduk
bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak bersolat pula kena bersolat 
secara duduk dengan qiblat yang diagak. 

Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline
dan Iran Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat
perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan
pada skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat. 

Kami difahamkan ruang solat sebegini tidak ada pada pesawat yang membawa 
bakal haji ke Saudi. 
Canggung juga ya. Kami berharap jika anda tahu sesiapa yang menguruskan
 pesawat membawa jemaah ke tanah suci untuk mencontohi dua syarikat 
penerbangan ini. 
Insyallah akan mendapat pujian penumpang.






Sumber Airliners , Al Kanz , JetPhotos , Prayer Rooms
dari:blogserius.blogspot.com/mforum.cari.com.my



OBJEK YANG MENYERUPAI KAMERA DALAM TANDAS SEBUAH RESTORAN UNDANG RASA TIDAK SENANG PELANGGAN.

 


N'N: Perkara seperti ini perlu diketengahkan untuk melindungi maruah dan kehormatan pelanggan restoran itu, siasatan perlu dijalankan oleh pihak yng bertanggungjawab..

SUMBER / Terima kasih NN